.

.

KARTiKEL

Selasa, 23 Julai 2013

Menganalisa Asid dan Alkali

Asid dan alkali banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. Kadang-kadang kita memasak menggunakan cuka, iaitu bahan berasid. Mencuci pakaian dengan menggunakan sabun pencuci atau detergen yang beralkali. Jom kita tengok perbezaan dan persamaan sifat bagi asid dan alkali. Harus diingat, asid dan alkali hanya boleh menunjukkan ciri-ciri mereka jika berada di dalam air!

Makanan asid dan alkali


Perbandingan Sifat Asid dan Alkali
Persamaan
1) Kedua-duanya larut dalam air
2) Bersifat mengakis jika pekat

Perbezaan
1) Rasa
Asid rasa masam, Alkali rasa pahit

2) Kertas Litmus
Asid menukarkan kertas litmus biru kepada merah, Alkali menukarkan kertas litmus merah kepada biru

3) Nilai pH
Asid kurang daripada 7, Alkali lebih daripada 7

Skala pH


4) Tindakbalas dengan logam
Asid menghasilkan gas hidrogen, Alkali tidak ada tindakbalas


Peneutralan
Peneutralan adalah tindakbalas antara asid dan alkali yang menghasilkan garam dan air.

asid   +   alkali   ->   garam   +   air

Peneutralan asid dan alkali


Aplikasi Peneutralan Dalam Kehidupan Seharian
1) Ubat Gigi - Mencegah kerosakan gigi
Ubat gigi (alkali) meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria dalam mulut

2) Syampu dan perapi - Menjaga kesihatan rambut
Syampu (alkali) perlu digunakan bersama Perapi (asid) untuk penjagaan rambut

3) Sengatan serangga 
Sengatan lebah (asid) dirawat dengan losyen kalamina (alkali)
Sengatan tebuan (alkali) dirawat dengan asid cair

4) Ubat Pencernaan - Merawat gastrik
Gastrik (asid) dirawat dengan susu magnesia (alkali)




23 ulasan:

  1. maksud asid dan alkali?

    BalasPadam
  2. ianya terletak pada otak anda la wei

    BalasPadam
  3. ha dapat pun jawapan

    BalasPadam
  4. cikgu kalau neutral kan alkali, kalau guna asid pekat dgn alkali cair xbole betndak balas ea/ kena asid pekat dengan alaki pekay jgk ker or acid cair dgn alkali cair

    BalasPadam
  5. Cikgu,terima kasih banyak-banyak atas rujukan ini... harapan 5A UPSR ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni untuk pt3 LA sayang

      Padam
    2. upsr pon ada tajuk ni...jangan main cakap je..

      Padam
  6. sebab nk belajar terpaksa kena reda sebab line tak de....... nasib baik jadi hahahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ey lah kalau tak mengapa kita belajar

      Padam
    2. So shit lah ur fikiran

      Padam
  7. Terima kasih....

    BalasPadam
  8. Bagus la cikgu

    BalasPadam
  9. Thx, sgt useful tok sy. #2016Pt3Candidate

    BalasPadam
  10. yeaah!!!!
    thanks for you because you,I get A in sains .

    BalasPadam
  11. kenapa dalam proses pentitratan asid perlu dimasukkan dalam alkali??
    knp x blh alkali dimasukkan dalam asid

    BalasPadam
  12. MADU BERSIFAT ASID ATAU NEUTREL

    BalasPadam
  13. Cikgu..
    1) Bagaimanakah takat akhir penitratan ditentukan
    2) Cadangkan kaedah alternatif untuk menentukan takat akhir penitratan

    BalasPadam