About Me

Memahami Pemeliharaan Kualiti Air

Pemeliharaan kualiti air selalunya dikaitkan dengan pencemaran air dan jenis-jenis bahan buangan yang mencemarkan air. Justeru itu, kita sebagai pengguna perlulah menggunakan air dengan bijak dan melakukan perkara-perkara yang sekurang-kurang nya boleh membantu mengurangkan pencemaran air.

Pencemaran Sungai


Jenis-jenis Bahan Yang Menyebabkan Pencemaran Air
1) Bahan buangan industri
Sumber : Kilang industri
Kandungan : Ianya mengandungi sisa kimia atau sisa radioaktif
Kesan : Menjejaskan hidupan akuatik dan manusia yang memakan hidupan tersebut

2) Bahan buangan domestik
Sumber : Kediaman
Kandungan : Sampah sarap dan air kumbahan
Kesan : Menghalang aliran air sungai, Kekurangan oksigen terlarut dalam air

3) Bahan kimia pertanian
Sumber : Ladang pertanian dan sawah padi
Kandungan : Baja kimia dan pestisid
Kesan : Pertumbuhan alga yang menjejaskan hidupan akuatik lain

4) Pengelodakan sungai
Sumber : Pembangunan dan penebangan hutan
Kandungan : Lumpur dan kelodak
Kesan : Mengakibatkan banjir kilat, Sungai semakin cetek

5) Tumpahan minyak
Sumber : Kapal tangki minyak
Kandungan : Minyak
Kesan : Menjejaskan hidupan akuatik dan burung di kawasan laut berkenaan


Cara-cara Mengawal Pencemaran Air
1) Bahan buangan dan sisa kimia tidak boleh dibuang ke dalam sungai
2) Sampah dilupuskan secara sistematik oleh pihak pelupusan sampah
3) Bahan beracun dari kilang hendaklah ditapis atau dirawat sebelum disalurkan ke sungai
4) Penjualan pestisid diperketatkan
5) Bahan bukan organik hendaklah dikitar semula
6) Mempergiatkan usaha mendapatkan tenaga biojisim daripada sampah sarap

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. inform yang menarik...

    BalasPadam
  2. tq ..... boleh laaa sy buat rujukan utk tugasan niii.........

    BalasPadam
  3. harap2 dapat band 6 nanti .....

    BalasPadam
  4. Maaf ye cikgu...nk tnye nie je ke yang ada dlm band 6..tk

    BalasPadam
  5. Sila lakukan carian terlebih dahulu pada bahagian atas kanan bagi mendapatkan info mengenai PBS yang anda cari.. inshaAllah akan ketemu jawapannya.. ;)

    BalasPadam
  6. boleh belanja makan tak ???

    BalasPadam
  7. mohon cikgu izinkan saya menyalin...

    BalasPadam
  8. terima kasih....................................................................

    BalasPadam
  9. Terima kasih cikgu sbb sumbangkan pengetahuan cikgu kt blog nie!! Sy bersyukur sgt2.. Nk menangis pun adaaaa T^T Sempatlah siapkan folio ni....

    BalasPadam
  10. I hate folio ~ seriously~ n thank u cikgu! ^^ i hope i can finish it in about 3 hours from now~ ㅠㅠ

    BalasPadam