About Me

Cikgu Kena Tembak di Kelantan

Polis sudah mengenalpasti seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian tembakan membabitkan seorang guru di Kubang Panjang, Pasir Mas, semalam. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata lelaki itu juga disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah dan dikenali oleh mangsa. Beliau memberitahu perkara itu kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis sambutan Kor Kadet Polis Ke-43 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini. 


Cikgu Kena Tembak di Kelantan

Dalam kejadian pada 12.15 tengah hari semalam, seorang guru di sebuah sekolah rendah di Tumpat cedera ditembak di bahagian leher. Guru yang berasal dari Kampung Tualang, Pasir Mas itu kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan keadaannya dilapor stabil. 

Jalaluddin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Pada majlis itu, seramai 160 pelajar tingkatan empat dan lima dari sekolah di semua daerah negeri ini terlibat dalam perbarisan. - BERNAMA 


p/s: Uish.. bahaya nya main tembak-tembak nih... ;( 

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. MasyaAllah....cikgupun nak ditembak...? xphm..bkn kes rompakkan ni...ini mesti dendam

    BalasPadam
  2. Uinaa.. Knp sampai begituu :S

    BalasPadam
  3. tu lah pasal.. cikgu pun dah kena tembak2 dah nih.. dasyat betul!

    BalasPadam
  4. tengok molek sebanya tu...cikgu tu dlam tindakan tatatertib dah tu,,,tengok keta dia pakai tu...takkkan cg pakai keta gitu....ada kes dah tu..kalu ore biasa,,tak bising pun kan??

    BalasPadam