About Me

6 Makanan Untuk Elak Jadi Pelupa

Di sini saya nak kongsikan 6 jenis makanan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan diri kita daripada menjadi seorang yang pelupa. Beberapa makanan seperti pemanis dan juga tenusu dikaitkan dengan sifat tersebut. Malahan dipercayai makanan berkanji juga merupakan satu daripada penyumbang utama kepada sifat pelupa. Jom kita tengok beberapa makanan yang boleh kita amalkan untuk elak daripada menjadi seorang yang pelupa.

6 Makanan Untuk Elak Jadi Pelupa


1. Avokado
Avokado memang merupakan makanan yang hebat! Banyak khasiat. Kandungan asid oleik yang tinggi dalam avokado boleh melindungi saraf neuron kita. Selain itu ianya juga meningkatkan aliran darah dalam otak sekaligus memperbaiki fungsi jantung.

2. Blueberry
Blueberry juga merupakan makanan yang sangat bagus untuk kesihatan. Juga dikenali sebagai 'brainberries', buah ini mengandungi antioksidan yang paling tinggi dalam kalangan buah-buahan. Buah ini juga selalu digunakan bagi merawat penyakit Alzheimer, iaitu nyanyuk.

3. Kacang
Kacang (kekacang) juga makanan untuk kesihatan otak. Ianya boleh menstabilkan aras kandungan gula dalam badan sekaligus meningkatkan fungsi otak. Amalan memakan kekacang juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada makanan berkanji tinggi.

4. Bijirin dan Bijian
Bijirin juga  dapat membekalkan manfaat untuk kesihatan badan. Selain daripada tinggi dengan kandungan fiber atau serat, makanan ini juga dapat membekalkan vitamin dan mineral yang tinggi untuk badan. Kandungan lemak omega nya mampu meningkatkan lagi kemampuan otak ke tahap yang maksimum.

5. Ikan Salmon Liar
Ikan salmon memang merupakan antara ikan yang mempunyai khasiat yang diperakui. Omega-3, Vitamin B dan juga asid amino yang tinggi menjadikan nya makanan yang paling bagus untuk meningkatkan keupayaan kognitif kita.

6. Coklat Hitam
Coklat juga terbukti mempunyai antioksidan yang tinggi. Selain itu, ia mampu membaiki fokus, meningkatkan konsentrasi dan merangsang penghasilan endorfin, yang membantu membina otak yang sihat.


p/s: Suka amal makan kismis (Bijirin dan Bijian) masa sekolah-sekolah dulu.. ;)

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Saya pun suka makan dark ciklat.

    BalasPadam
  2. Sentiasa membuat kek dgn blueberry filling...

    BalasPadam
  3. Semoga dgn memakan kesemua yang ada di atas...sifat pelupa atau nyanyuk tidak akan kena pada diri kita.

    BalasPadam
  4. ikan salmon ni yang rare sikit nak dapat pada gua

    BalasPadam
  5. Kismis tak termaksuk erk?

    http://profhariz.com

    BalasPadam
  6. TERima kasih.. moga bermanfaat.. ;)

    BalasPadam
  7. semoga sama2 beroleh manfaat... ;)

    BalasPadam
  8. Harap kita boleh beramal...semoga kita cerdik semua untuk menghadapi PBS...hahahaha...

    BalasPadam