About Me

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2013 : Jom Sertai


Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2013 telah sekali lagi berjaya dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tahun ini. Hadiah pun makin hebat! Bagi yang berminat untuk menyertai, bolehlah tengok syarat dan maklumat pertandingan di bawah ini. Semoga Berjaya!


Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2013 : Jom Sertai




A. Maklumat Pertandingan

  1. Pertandingan menulis surat 1Malaysia ini dibuka kepada para pelajar sekolah rendah Tahun 1 hingga Tahun 6 (Kategori A), para pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (Kategori B) dan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas (Kategori C) di seluruh Malaysia.
  2. Pertandingan ini dibuka dari 15 April 2013 hingga 31 Jun 2013.
  3. Penyertaan hanya dibenarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja.
  4. Setiap penyertaan mestilah menepati tajuk yang diberikan mengikut kategori seperti berikut:
    • aSekolah Rendah –> Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia untuk menyatakan kenapa anda sayang akan negara Malaysia.
    • b.Sekolah Menengah –> Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia tentang cadangan anda untuk memajukan kawasan tempat tinggal anda demi mencapai negara Malaysia yang diimpikan.
    • c.Terbuka (18 tahun ke atas) –> Tragedi pencerobohan di Lahad Datu, Sabah menggugat keamanan negara. Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia untuk menceritakan sebab-sebab rakyat Malaysia perlu memiliki semangat patriotisme.
  5. Format surat adalah Surat Tidak Rasmi
  6. Bukti tarikh penghantaran pos tidak akan diambil kira sebagai bukti penerimaan. Pihak penganjur dan agensi-agensi yang terlibat tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lambat, dicuri, rosak atau salah dialamatkan.
  7. Semua keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat menyurat tidak akan dilayan.
  8. Semua surat penyertaan yang diterima oleh penganjur menjadi hakmilik penganjur dan penganjur boleh menggunakan surat-surat penyertaan tersebut untuk apa-apa tujuan.

 

B.Terma Dan Syarat Pertandingan

  1. Peserta mestilah merupakan warganegara Malaysia.
  2. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar 1 penyertaan sahaja.
  3. Penyertaan mestilah sampai selewat-lewatnya pada 31 JULAI 2013 kepada Sekretariat Pertandingan.
  4. Surat yang ditulis mestilah mengikut tema yang ditetapkan di perenggan 1 (d).
  5. Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati surat yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan akan dibatalkan serta-merta.
  6. Surat mestilah ditulis dalam Bahasa Malaysia sahaja.
  7. Surat mestilah bertulis tangan, kemas, dan mudah dibaca. Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan mesin taip atau komputer.
  8. Surat yang ditulis mesti mengandungi jumlah patah perkataan mengikut kategori seperti yang berikut:
    • .Kategori A : Sekolah Rendah  —> 200 hingga 300 patah perkataan.
    • .Kategori B : Sekolah Menengah —>  500 hingga 750 patah perkataan.
    • .Kategori C : Terbuka (18 tahun ke atas)  –>  500 hingga 750 patah perkataan.
  9. Borang penyertaan boleh didapati di laman web Pos Malaysia (www.pos.com.my), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (www.skmm.gov.my) dan Facebook Surat 1Malaysia 2013 (www.facebook.com/surat1malaysia2013).
  10. Surat dan borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diposkan kepada:
    Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia
    P.O. Box 1000
    50796 Kuala Lumpur
  11. Sila sertakan juga sampul surat kosong bersaiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM0.80 untuk pihak penganjur mengirimkan sijil penyertaan. Satu sampul surat untuk satu sijil penyertaan sahaja.
  12. Setiap penyertaan bagi Kategori A dan Kategori B mestilah disahkan/dicop oleh pihak sekolah.
  13. Sila nyatakan kategori anda di sudut atas kiri sampul surat penyertaan anda.
    • Contoh : Sampul surat untuk surat yang ditulis
    • Oneblogsocial
      Contoh: Sampul surat untuk surat yang ditulis
    • Contoh : Sampul surat untuk surat yang ditulis
    • Oneblogsocial
      Contoh: Sampul surat kosong untuk sijil penyertaan
  14. Sijil penyertaan TIDAK AKAN diberi sekiranya:
    • Tiada sampul surat kosong beralamat sendiri
    • Tiada setem bernilai 80 sen dilekatkan di sampul surat kosong
    • Alamat rumah/sekolah yang tidak lengkap
    • Alamat rumah/sekolah yang tidak lengkap

 

C.Kriteria Penghakiman

Keseluruhan surat yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skima pemarkahan berikut:
  1. Takrif Tajuk   =  10 markah
  2. Ide                    =   40 markah
  3. Bahasa             =   30 markah
  4. Olahan             =   20 markah
Keseluruhan  100 markah

D.Senarai Hadiah Pemenang

JOHAN
RM 1000 RM 2000 RM 2000
Album Setem Album Setem Album Setem
Sijil Sijil Sijil
Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM
Wang Tunai berjumlah RM3000 untuk Sekolah Wang Tunai berjumlah RM3000 untuk Sekolah -
NAIB JOHAN
RM 750 RM 1500 RM 1500
Album Setem Album Setem Album Setem
Sijil Sijil Sijil
Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM
TEMPAT KETIGA
RM 500 RM 1000 RM 1000
Album Setem Album Setem Album Setem
Sijil Sijil Sijil
Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM
SAGUHATI X 10
RM 200 RM 200 RM 200
Album Setem Album Setem Album Setem
Sijil Sijil Sijil
Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM Hadiah Iringan daripada PMB & SKMM

 

E.Maklumat Dan Pertanyaan

Sebarang maklumat/pertanyaan sila hubungi;
Sekretariat
Pertandingan Menulis Surat 1Malaysi 2013
Bahagian Komunikasi Korporat
Pos Malaysia Berhard
Tingkat 7,Pejabat Pos Malaysia
Kompleks Dayabumi
50670 Kuala Lumpur
Tel        :   03-2267 2206 / 2267 2203
Faks     :   03-2267 2255
Facebook  :   www.facebook.com/surat1malaysia2013


Muat turun borang penyertaán http://www.skmm.gov.my/Media/Events/MCMC/Pertandingan-Menulis-Surat-1Malaysia-2013.aspx

 

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Pernah sertai pada musim yang lepas dan tak menang -_-

    BalasPadam
  2. he3.. takper.. cuba lagi rezeki tahun nih.. mana tau kan.. ;)

    BalasPadam
  3. hadiah lumayan. tapi tak larat nak bukak buku sejarah..hehe..

    BalasPadam
  4. sebelum nak buka tuh, kena cari dulu titan.. ntah2 dah hilang tak tau ke mana... ;)

    BalasPadam
  5. saya pernah sertailah pada tahun lepas tapi tk ada rezaki.insyallah,tahun nie nk cuba lagi.bagus lah kalau aktiviti ini di teruskan di masa2akan dtg,untuk mematapkan lagi penggunaan bahasa melayu di negara kita ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup Wap Pizhee.. saya pun mcm tertarik jer nak join tahun nih, nak cuba nasib.. tapi tak pasti ler BM saya masih bagus ke idak nak buat esei.. ;)

      Padam
  6. tebuke smpi 31 julai kan, agak2 sempat ag ker nak anta ek ??

    BalasPadam
  7. klau menang ni bertuah!

    BalasPadam
  8. tahun nie ade lagi x pertandingan mcm nie ?

    BalasPadam