About Me

Permohonan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai Guru Cemerlang di sekolah dan Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM) dan English Language Teaching Centre (ELTC) secara Khas Untuk Penyandang (KUP) di Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2013. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah diberi mandat untuk menjadi Urus Setia Induk Penilaian Guru Camerlang dan Pensyarah Cemerlang 2013.

 
Pemangkuan gred jawatan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang yang ditawarkan adalah seperti berikut: 
  
PPP
Gred Ditawarkan
Guru Sekolah
Gred Khas C, DG54, DG52, DG44, DGA38, DGA34 & DGA32
Pensyarah IPG
Gred Khas C & DG48
Pensyarah
IAB / KM/ ELTC
Gred Khas C, DG54 & DG52

 
Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Jumaat, 21 Jun 2013.


Syarat Umum Permohonan
1. Telah disahkan dalam perkhidmatan
2. Telah dinaikkan pangkat ke gred semasa. Calon yang sedang memangku tidak layak memohon
3. Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85% dan ke atas untuk setiap tahun bagi tahun 2010, 2011, dan 2012
4. Bebas daripada tindakan tatatertib
5. Telah membuat pengisytiharan harta (tempoh sah laku 5 tahun)
6. Lulus tapisan keutuhan SPRM
7. Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan / tabung pendidikan
8. Diperaku oleh Ketua Jabatan


Syarat Khusus Permohonan
1. Tempoh perkhidmatan melebihi 5 tahun pada 1 Januari 2013.
(*Bagi yang posting pada 1 Januari 2008 atau sebelumnya. Jika posting selepas 1 Januari 2008, bermakna tahun perkhidmatan baru 4 tahun dan 3++ hari)
2. Pemohon telah disahkan jawatan dalam gred semasa.
3. Mata pelajaran / bidang kepakaran yang dipohon merupakan mata pelajaran / bidang utama yang diajar oleh pemohon.
4. Mengajar mata pelajaran / bidang kepakaran selama 3 tahun terakhir berturut-turut. 
5. Calon bidang pentadbiran (seperti PK, Guru Kanan) boleh memohon, dengan syarat mesti melepaskan jawatan tersebut jika ditawarkan Guru Cemerlang.
Untuk maklumat lanjut, sila tengok iklan permohonan di sini.


p/s : InshaAllah jika ada kesempatan dan masa, saya akan berkongsi sedikit tips, panduan dan pengalaman ketika memohon Guru Cemerlang DG44 pada tahun lepas. Semoga dipermudahkan.
 

Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. sy tunggu tips apply GC drpd cikgu. tempoh perkhidmatan sy dh cukup 5thn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaAllah saya akan siapkan entri pasal tips dan panduan memohon guru cemerlang lepas nih.. mesti mohon yer cikgu zamrud ;)

      Padam
  2. Kena tggu dg44 dulu lah..

    BalasPadam
  3. Salam.nk tanya kalau nk mohon gc 48 dari dg44,berapa lama mesti berada di dg 44.Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. setakat yang saya tahu, tak ada tempoh tahun tertentu. Jika cikgu sudah dilantik dan disahkan pada gred DG44, cikgu dah boleh memohon untuk Guru Cemerlang DG48. Selalunya tempoh untuk selesai dilantik dan disahkan dalam gred DG44 tuh memakan masa hampir setahun juga sehingga surat sampai.. Mohon perkongsian guru lain jugak lah jika maklumat saya ini salah.. ;)

      Padam
  4. Assalam.saya ingin tahu kepastian betulkah memohon gc 44 dari dg41 memerlukan tempoh 5 thn berkhidmat manakala dg44 ke gc 48 tiada tempoh tertentu.Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm.. Bagi persoalan pertama mengenai DG41 ke DG44 bagi Guru Cemerlang, YA.. perlu tempoh 5 tahun. 5 tahun di sini merujuk kepada 5 tahun yang lengkap, termasuk harinya. Seperti kes seorang kawan saya yang tidak dapat memohon pada tahun ini kerana dilantik pada 2 Januari 2008. Ini disebabkan permohonan pada tahun ini dibuka bagi permohonan calon yang dilantik pada 1 Januari 2008. Bermakna hanya dengan 1 hari, beliau terpaksa menunggu sehingga tahun berikutnya.. Kesian..

      Bagi persoalan kedua, DG44 ke DG48, memang tidak dinyatakan bilangan tahun berkhidmat dalam gred DG44, sebelum boleh memohon ke DG48. Syarat yang dinyatakan hanyalah, calon sudah dilantik dan disahkan dalam gred DG44. Walaubagaimanapun pengalaman saya pada tahun lepas, hanya guru senior dalam DG44 sahaja yang dipantau oleh nazir. Mungkin kuota dan keutamaan diberi kepada guru yang lebih senior dlm gred yang sama.

      Padam
  5. Salam.saya mohon Tuan kongsi bagaimanakah pdp cemerlang yang di inginkan oleh nazir semada di pantau.Saya mempunyai 2 org rakan yg memohon gc sains namun tidak berjaya. Namun nazir tidak pula komen apa2 tentang pdp mereka.Saya memohon thn ini dan saya ingin tips terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. inshaAllah, saya akan kongsikan beberapa perkara lagi seperti sistem filing, persediaan menunggu nazir, penyediaan p&p berkesan selepas ini dalam blog saya. Mohon cikgu teruskan melayari blog saya dari masa ke semasa. ;)

      Bagi Persediaan Fasa 1 (Mengisi Borang Permohonan), cikgu boleh juga baca tips di http://www.cikguhailmi.com/2013/05/panduan-memohon-guru-cemerlang-fasa-1.html

      Padam
    2. Terima kasih Tuan....saya akan sentiasa mengikuti blog ini.

      Padam
    3. hu3.. tak perlu nak bertuan-tuan.. saya jauh lebih bangga jika dipanggil 'Cikgu' jer.. ;)

      Padam
  6. Salam Cikgu Hailmi, saya rasa sedih la th ni tak boleh mohon gc dg48 sk/sm kerana tiada ditawarkan pd th 2013 .Adakah ianya berterusan sampai bila2. kalu gitu kena tunggu timebased la nampaknya. tiada peluang la ndak jd gc lg..

    BalasPadam
  7. Wslm.. saya rasa ini hanya untuk sementara sahaja. Mungkin sebab kuota dah penuh, mungkin jika ada keperluan, akan ada penambahbaikan.. jangan risau cikgu.. KPM mesti akan pandang isu ini.. ;)

    BalasPadam
  8. tq cikgu byk bg tips...kadang-kadang byk perkara juge kite buat tp tiada dokumentasi..harap cikgu dapat berikan tips nak dokumentasikan pdp/program/xtvt/dsb...

    BalasPadam
  9. yer betul.. memang ramai yang buat aktiviti banyak, tapi gagal dokumen kan dalam keadaan yang teratur.. jadi bila nak dibuktikan, terpaksa lah kena korek balik semua bukti.. kalau ada nasib baik lah.. ;)

    inshaAllah, masa akan datang saya cuba kongsikan tips mengenai dokumentasikan program. boleh juga rujuk tips dokumentasi dan filing kat sini yer..

    http://www.cikguhailmi.com/2013/06/panduan-guru-cemerlang-pendokumentasian-filing.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Cigku, satu perkongsian yang amat baik.. nak tanya adalah tahun 2014 GC masih ditawarkan ? Sebab saya baru layak memohon utk tahn ini GC 34..

      Padam
  10. Salam cikgu, lazimnya bila iklan GC DG48 akan keluar? saya baru dapat DG44 timebased tahun ni, agaknya layak ke nak mohon?

    TQ.

    BalasPadam
  11. salam. 2014 sy mencuba nasib memohon GC DG48 (SK). mata pelajaran Pemulihan Khas. Semoga saya layak dipantau.in sya allah. terima kasih dgn perkongsian ilmu dari cikgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. inshaAllah cikgu.. mudah2an ada rezeki.. ;)

      Padam