About Me

Kursus Modul Sofbol Untuk JU Jurulatih Utama (Program 1 Murid 1 Sukan) Peringkat Negeri Sarawak

Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk mengikuti kursus JU Jurulatih Utama bagi sukan sofbol untuk peringkat negeri Sarawak. Kursus 3 hari 2 malam itu diadakan di Penview Hotel, Kuching. 2 orang guru (SM dan SK) bagi setiap PPD yang ada di negeri Sarawak telah dipilih untuk mengikuti kursus ini. Lebih kurang 60 orang guru daripada 31 PPD telah terlibat dalam kursus ini.

Kursus Modul Sukan Sofbol Untuk JU Jurulatih Utama Di Bawah Program 1 Murid 1 Sukan Peringkat Negeri Sarawak

Kursus ini adalah di bawah program 1 Murid 1 Sukan, yang mana setiap Jurulatih Utama JU ini akan diberi latihan oleh JUE mengenai Modul Sofbol KPM sebelum balik ke PPD masing-masing bagi sesi perkongsian dengan guru di peringkat PPD pula.

Usaha nya adalah untuk mempromosikan sukan sofbol kepada guru-guru dan para pelajar. Kami juga diingatkan berkali-kali bahawa kursus ini bukanlah bagi tujuan untuk melatih satu pasukan elit sofbol, sebaliknya lebih kepada memperkenalkan sukan sofbol ini kepada pelajar-pelajar. Ini kerana dalam kalangan kami, ada juga yang terdiri daripada jurulatih sekolah dan juga jurulatih bahagian/negeri.

Kursus Modul Sofbol Untuk JU Jurulatih Utama (Program 1 Murid 1 Sukan) Peringkat Negeri Sarawak

Penceramah atau JUE adalah terdiri daripada orang-orang hebat yang berpengalaman luas dalam bidang sofbol di Malaysia ini. Malah ketiga-ketiga penceramah juga memang terlibat secara langsung dalam menulis buku Modul Sofbol 1Murid 1Sukan KPM.
1.  Cikgu Mohd Zamri (Jurulatih Kedah)
2. Cikgu Hanafi Yassin (Jurulatih Selangor)
3. Cikgu Mohd (Jurulatih Johor)

Kebetulan pula, ramai rakan-rakan guru sofbol yang sudah lama terlibat dalam sukan sofbol Sarawak juga menghadiri kursus ini. Mereka ini telah saya kenali sebelum datang ke kursus ini lagi.
1. Cikgu Mahmed Dzul-Kennedy (PT Sofbol Negeri Sarawak)
2. Cikgu Juraimie Junaidi (SMK Green Road, Kuching)
3. Cikgu Megos Simak (SK Saint George Punau, Kuching)
4. Cikgu Dala Sitor (SMK Penrissen No. 1, Kuching)
5. Cikgu Rohana Haji Bero (SMK Serian, Samarahan)
6. Cikgu Nessky Lipi (SK Saint Kevin, Mukah)
7. Cikgu Hassan Sharbini (SMK Matu, Mukah)
8. Cikgu Saridawati Saidin (SMK St Columba, Miri)

Kemudian, rakan-rakan baru dalam dunia sofbol yang saya kenali sepanjang kursus ini. (Ramai.. Tapi yang ini ja ingat nama ;)  )

1. Cikgu Fred John Sitin (SMK Paku, Kuching)
2. Cikgu Khatinah Awit Abdullah (SK Nanga Salim, Sibu)
3. Cikgu Alexander Joseph Nam (SMK Ulu Balingian, Sibu)
4. Cikgu Macmillan Mojuntin (SK Nangan Ngungun, Sibu)
5. Cikgu Mohd Yasir Arafian Mohd (SMK Sedaya, Sibu)
6. Cikgu Mohd Wafi Shah Rooni (SMK Bintulu, Bintulu)


Sesi teori diadakan di hotel, manakala sesi praktikal pula diadakan di padang SMK Pending yang terletak bersebelahan dengan Hotel Penview. 
 
Kursus Modul Sofbol Untuk JU Jurulatih Utama (Program 1 Murid 1 Sukan) Peringkat Negeri Sarawak


Kursus Modul Sofbol Untuk JU Jurulatih Utama (Program 1 Murid 1 Sukan) Peringkat Negeri Sarawak

Sesi teori lebih memfokuskan kepada persediaan guru dalam menubuhkan kelab sofbol dan mentadbir segala aktiviti di peringkat sekolah. Pengurusan fail dan surat juga diberikan keutamaan dengan harapan segala aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik di sekolah. Undang-undang permainan juga ditekankan semasa sesi teori ini, sekalipun sebilangan besar guru yang datang masih kabur dengan permainan asas sofbol. 

Kursus Modul Sofbol Untuk JU Jurulatih Utama (Program 1 Murid 1 Sukan) Peringkat Negeri Sarawak


Kursus Modul Sofbol Untuk JU Jurulatih Utama (Program 1 Murid 1 Sukan) Peringkat Negeri Sarawak


Kursus Modul Sofbol Untuk JU Jurulatih Utama (Program 1 Murid 1 Sukan) Peringkat Negeri Sarawak

Sesi praktikal lebih menarik kerana diadakan di padang. Tambahan pula ramai juga rakan guru yang langsung tidak mempunyai pengalaman dengan sukan sofbol sebelum ini. Sekurang-kurangnya dapat juga mereka merasa pengalaman pakai glove dan memukul bola.


Kursus Modul Sofbol Untuk JU Jurulatih Utama (Program 1 Murid 1 Sukan) Peringkat Negeri Sarawak

Kursus Modul Sofbol Untuk JU Jurulatih Utama (Program 1 Murid 1 Sukan) Peringkat Negeri Sarawak

JUE memang kreatif dalam memberikan idea baru untuk dipraktikkan dengan pelajar, terutamanya bagi menarik perhatian pelajar yang baru berminat untuk menyertai sukan sofbol. Tak kira semasa sesi memanaskan badan ataupun semasa mempraktikkan kemahiran asas sofbol, idea kreatif tersebut memang dapat menggembirakan pelajar (termasuk cikgu!). Memang hebat JUE kita nih!

Kursus Modul Sofbol Untuk JU Jurulatih Utama (Program 1 Murid 1 Sukan) Peringkat Negeri Sarawak

Kursus Modul Sofbol Untuk JU Jurulatih Utama (Program 1 Murid 1 Sukan) Peringkat Negeri Sarawak

Kursus Modul Sofbol Untuk JU Jurulatih Utama (Program 1 Murid 1 Sukan) Peringkat Negeri Sarawak

Antara kemahiran asas yang diajar oleh JUE ialah kemahiran pitching, kemahiran tangkap dan baling, kemahiran memukul serta permainan asas sofbol. Memang menghiburkan bila dapat bermain sofbol dengan rakan-rakan guru. Macam-macam aksi ada!

Kursus Modul Sofbol Untuk JU Jurulatih Utama (Program 1 Murid 1 Sukan) Peringkat Negeri Sarawak

Diharapkan juga dengan penganjuran kursus sebegini akan membuka lembaran baru kepada perkembangan sukan sofbol yang lebih positif di negeri Sarawak. Setelah usaha pelbagai pihak yang diadakan di serata ceruk negeri Sarawak, diharapkan kursus ini juga dapat memberi impak besar kepada sukan sofbol di negeri ini. Semoga bertemu lagi!


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. tuh lah.. sekali bersofbol, selamanya bersofbol.. ;)

    BalasPadam
  2. si mat pet johor ko bagi kursus tu?

    BalasPadam
  3. asssalam...

    cg... minta tolong emelkan k saya modul 1m1s softball sekolah rendah dan sekolah menengah.... boleh..... ?

    k emel mfaisalharun @yahoo.com

    segera..... tahun 2014 nak guna...


    jasa cg... disanjung..... moga diberkati....

    terima kasih...

    BalasPadam
  4. salam.. saya dah emelkan modul sofbol tersebut kepada cikgu..
    semoga bermanfaat dengan bahan tersebut.. ;)

    BalasPadam
  5. salam . cikgu hailmi ?? ada tak senarai nama pemain ??

    BalasPadam
  6. salam.. ckgu Hailmi.. mggu dpn ni skolah saya nk buatkn klinik sofbol utk pendedahan asas kpd murid.. boleh tlg emelkan modul 1m 1s sofbol sekolah rendah... thn dpn kalau xde halangan SK Sibu Jaya nk tubuhkn permainan sofbol.. e-mel: shmrs1306@gmail.com tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam cikgu.. sudah saya emelkan.. kami memang sokong mana2 sekolah yang nak tubuhkan pasukan di sibu. welcome to the club! ;)

      Padam
  7. Assalammu'alaikum Cikgu.

    Saya berminat mengenali permainan sofbol ni dengan lebih dekat. Bolehkah cikgu tolong emelkan Modul Sofbal 1m1s sekolah rendah kepada saya.

    samirza2011@gmail.com

    Terima kasih.

    BalasPadam
  8. mcm mne nk jdi jurulatih softball?

    BalasPadam
  9. boleh x cikgu jadi jurulatih softball sekolah saya?

    BalasPadam
  10. Saya teringin nk masuk kursus softball

    BalasPadam