.

.

KARTiKEL

Ahad, 12 Mei 2013

Cikgu Denda Murid Kerana Beza Fahaman Politik?

Ketika melawati laman rasmi Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia pada hari ini, saya tertarik dengan satu komen daripada seorang bapa yang menceritakan perihal cikgu di sekolah anaknya. 
 

Cikgu Denda Murid Kerana Beza Fahaman Politik?


Seorang guru dikatakan telah sanggup mendenda pelajar sekolah rendah hanya kerana beza politik dengan ibu bapa pelajar. Lebih menyedihkan bila, murid-murid 11 tahun yang belum lagi mengenal apa itu erti politik, pula yang menjadi mangsa!


Tidak dapat dipastikan bila kejadian tersebut berlaku, tetapi jika dilihat kepada beberapa bukti yang ada, peristiwa tersebut dikatakan berlaku pada tarikh 9/5/2013, kira-kira 4 hari selepas tarikh Pilihanraya Umum ke-13.

Berikut adalah perkongsian daripada bapa tersebut.

Cikgu Denda Murid Kerana Beza Fahaman Politik?



Seorang guru Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam bertindak menyuruh 17 murid berdiri diatas kerusi kerana ibu bapa menyokong BN dilihat satu pekara yang tidak wajar apatah lagi murid yang dimaksudkan berusia lingkungan 11 tahun.

Sehubungan
dengan kejadian itu bapa seorang pelajar tersebut membuat laporan Polis di balai polis Seksyen 15 pada 10 Mei dan juga telah melaporkan perkara yang berlaku kepada Pejabat Pelajaran Dearah ( PPD) yang tidak jauh jaraknya dari sekolah tersebut.

Sebagaimana umum tahu,Penjawat awam adalah kakitangan kerajaan yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan dan dibayar gaji oleh kerajaan yang memerintah negara ini tanpa mengambil kira kecenderungan politik samada kepada BN,PAS,PKR,DAP.Jadi mengapa pula guru tersebut mengamalkan sikap tidak profesional ketika menjalankan tugas beliau sehinga sanggup melakukan pekara yang tidak wajar kepada pelajar yang belum mengerti persoalan politik kepartian apatah lagi guru-guru dilarang berpolitik di sekolah atau semasa bertugas.

Apakah ibu bapa tidak rasa sangsi jika para guru mangamalkan politik ekstrem? Apakah tidak akan terjadi jika murid-murid yang ibu bapa penyokong BN atau PAS.PKR,DAP diberi markah rendah dalam peperiksaan kerana guru yang mengajar mereka tidak berpihak kepada parti yang disokong oleh ibu bapa murid.Memang ramai yang akan mengatakan pendapat ini tidak masuk akal,tapi tidak mustahil jika ianya berlaku pada masa-masa akan datang .biarpun tiada bukti pekara seumpama itu berlaku pada era ini,tapi tidak salah rasanya jika berpendapat sedemikian.

Berbalik kepada Isu..Difahamkan oleh beberapa rakan,kecenderungan politik guru tersebut kepada Pakatan Rakyat dan beliau juga difahamkan tinggal di kuarters guru.

Diharap pihak Kementerian Pelajaran membuat siasatan teperinci dan dapat mengambil tindakkan sewajarnya terhadap guru tersebut bukan berdasarkan sokongan politik kepada mana-mana pihak,sebaliknya berdasarkan kepada fakta siasatan.

Lihat apa kata bapa salah seorang dari pelajar...
Salam tuan,

Hari ini ada satu Penolong Kanan sekolah anak saya cakap pasal politik dlm kelas anak. Sapa yg sokong BN berdiri atas kerusi. Anak saya dan 17 org lagi murid2 pun berdiri atas kerusi dan disoal kenapa pilih BN. Anak saya jawab sebab Dato Nawawi dan cikgu tersebut mencebik dan suruh duduk.

Cikgu tersebut juga menulis di papan hitam berkenaan manifesto BN dan PR. Beliau mengatakan PR bijak dan BN bodoh. Esok saya nak jumpa Pejabat Pegawai Daerah(Pembetulan:Pejabat Pelajaran Dearah PPD) dan adukan perkara ini. Cikgu tersebut kurang ajar. Ini berlaku di Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam, tengahari tadi. Nama guru Shamsuddin bin Majid, guru Ko-Kurikulum (koko) .

Hina sangatkah sokong BN, mohon dipanjangkan kepada pihak yg berkenaan. Guru seperti itu tak perlu ada di sekolah kerana bukan mahu mendidik tapi menghasut. Kerana beliau habis rosak nama sekolah dan perlu dibenteras. Saya rasa terhina.



Saya tak pasti apa sebab guru tersebut sanggup nak bertindak sampai sebegitu rupa jika berada dalam keadaan yang waras. Takkan hanya kerana beza politik, sampai tergamak nak mendenda budak-budak sekolah rendah yang tak tau apa-apa tuh. Bertindaklah dengan lebih rasional. 

Belum sampai masanya lagi untuk pelajar-pelajar tersebut didoktrinkan dengan fahaman politik masing-masing. Sekurang-kurangnya berilah masa untuk mereka bermain dan belajar pada usia mereka. Apabila tiba pada masanya nanti, biarlah mereka sendiri yang menentukan pilihan mereka masing-masing.

Perbuatan segelintir cikgu yang sebegini, hanya mampu memberi mudarat kepada persepsi masyarakat terhadap guru-guru lain. Sudah beberapa kali imej perguruan dicemarkan dengan sikap sebahagian guru yang tidak profesional ketika menangani beberapa isu di sekeliling. Ingat lagi pasal cikgu doggie?
 
Namun, mengikut sumber dari satu blog, laporan polis telah pun dibuat ke atas guru tersebut. Saya cuma mengharapkan perkara ini disiasat dengan sebaiknya dan setelusnya. Hukuman sewajarnya adalah perlu, jika didapati guru tersebut bersalah atas perbuatannya mendenda murid kerana beza politik, dan bukannya kerana tindakannya yang menyokong pihak bukan kerajaan.

Saya langsung tidak menyokong sebarang tindakan mana-mana pihak yang mendenda mana-mana pelajar atas sebab perbezaan fahaman politik!


p/s: Kadang-kadang pelik juga dengan rakyat Malaysia nih yang tak reti-reti nak berhenti berpolitik. Selalunya orang yang macam tuh, lebih banyak bercakap dari berbuat sesuatu yang berfaedah. Benda dah habis, kita mulakan hidup baru. Penat nak melayan!


6 ulasan:

  1. Ada juga cikgu macam tu? Semua cikgu telah diberi amaran supaya tidak berpolitik di sekolah, harap cikgu tersebut dikenakan tindakan..tak profesional langsung ! Even di sekola saya, ramai penyokong PR dan duk bersembang pasal politk,tapi takde ler sampai masuk ke dalam kelas..isy2

    BalasPadam
  2. di sekolah mana boleh berpolitik kan...mengajar je..

    BalasPadam
  3. sabar ajelah kalau ada cikgu macam ni.

    BalasPadam
  4. buat siasatan rapi. mungkin cerita yg disampaikan tidak sama dengan peristiwa yang berlaku. walau apa pun, sekiranya ia benar2 berlaku, memang sah lah cikgu tersebut bersalah.. takkan politik sampai ke kelas...

    BalasPadam
  5. ya, sekarang nih pun kes nih dah dibawa ke pengetahuan pihak polis.. semoga kebenaran akan terserlah juga..

    BalasPadam
  6. 2 th dah masin blm selesai..beliau teraniaya dan difitnah. Yg terlibat tunggulah azahbnya nanti.

    BalasPadam