About Me

Semakan Keputusan Permohonan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2013 / 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN CALON BERJAYA KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014

Bahagian Matrikulasi KPM akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya pada 25 April 2013.


Semakan Keputusan Permohonan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2013 / 2014

Hanya pelajar SPM 2012 yang telah membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 10 Oktober 2012 boleh menyemak keputusan di laman sesawang seperti berikut:


 
Atau,
1. Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036/4100 pada waktu pejabat bermula 4.00 petang.


2. Melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia – http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/
 
3. SMS dengan menaip MOEMATNO.K.P dan hantar kepada 15888





Pemohon digalakkan melayari laman sesawang kerana calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di kolej matrikulasi.

Sehubungan itu bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014, calon dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej :

  1. Surat tawaran
  2. Panduan pendaftaran
  3. Dokumen peribadi pelajar
  4. Borang perjanjian pelajar (dua salinan)
 
Tarikh pendaftaran:

  1. Kolej Matrikulasi Labuan – 19 Mei 2013
  2. Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
  3. Kolej-kolej matrikulasi seluruh semenanjung -27 Mei 2013
Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui internet di laman sesawang  http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (9 Mei 2013) tidak akan dipertimbangkan.
 
Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036/4040/4100/4083  boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Balasan
    1. belum keluar lagi.. kalau dah keluar nanti cikgu update yer..

      Padam
    2. cikgu boleh saya tahu tarikh untuk semakan 2014 punya ??

      Padam