.

.

KARTiKEL

Ahad, 7 April 2013

Petua Mudah Panjangkan Umur


SAINS | Petua Mudah Panjangkan Umur dengan diet ikan

Mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas serta mengamalkan makan ikan mampu memanjangkan usia sekurang-kurangnya dua tahun.

Ini berbanding mereka yang tidak mengambil asid lemak omega-3 yang biasanya didapati dalam makanan laut, kata satu kajian Amerika Syarikat.


Mereka yang memiliki tahap asid lemak omega-3 lebih tinggi juga secara keseluruhan mengurangkan sebanyak 27 peratus risiko kematian lebih awal.

Ia juga mengurangkan sehingga 35 peratus risiko mati akibat sakit jantung berbanding rakan mereka yang mempunyai tahap darah lebih rendah.

Penyelidikan diketuai saintis di Sekolah Kesihatan Harvard dan disiarkan Annals of Internal Medicine.


Ketika kaji selidik lain menunjukkan kaitan antara asid lemak omega-3 dan merendahkan risiko penyakit jantung, kajian terbaru memeriksa rekod orang lebih tua untuk menentukan sebarang kaitan antara makan ikan dan risiko kematian.


Penyelidik melakukan imbasan terhadap data 16 tahun membabitkan 2,700 orang dewasa berusia 65 tahun dan lebih tua.


Responden kajian tidak mengambil makanan tambahan minyak ikan, bagi mengelak kekeliruan pengambilan makanan tambahan dan perbezaan diet. - AGENSI 


0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan