.

.

KARTiKEL

Ahad, 21 April 2013

Interaksi Antara Organisma Hidup : Mangsa-Pemangsa, Persaingan, Simbiosis, Komensalisme, Mutualisme, dan Parasitisme

Organisma berinteraksi antara satu sama lain dalam pelbagai cara dan bagi pelbagai tujuan. Terdapat banyak interaksi atau hubungan antara organisma hidup, antaranya adalah mangsa-pemangsa, persaingan intraspesies, persaingan interspesies, simbiosis, komensalisme, mutualisme dan juga parasitisme. Jom kita kupas satu persatu.

1) Mangsa-Pemangsa
Ini adalah hubungan antara organisma yang memakan organisma lain dan juga organisma yang kena makan. Bagi organisma yang memakan organisma lain, kita sebut sebagai pemangsa, manakala organisma yang kena makan kita sebut sebagai mangsa. 

Hubungan mangsa pemangsa 
Contoh hubungan ini adalah hubungan antara ular dan burung. Ular sebagai pemangsa dan burung sebagai mangsa.

2) Persaingan
 a) Persaingan Intraspesies
Hubungan antara organisma yang bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup sama (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku dalam spesies yang sama.


Hubungan persaingan intraspesies
Sebagai contohnya, hubungan antara orang utan yang bersaing sesama spesies mereka sendiri dalam mendapatkan makanan.

b) Persaingan Interspesies
Hubungan antara organisma yang bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup sama (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku dalam spesies yang berlainan.

Hubungan persaingan interspesies
Contoh hubungan ini adalah hubungan interaksi antara dubuk dan juga harimau ketika berebutkan makanan yang sama.

3) Simbiosis
Hubungan antara dua spesies yang berlainan yang hidup bersama. Ada yang mendapat faedah, dan ada yang mendapat kerugian.

a) Komensalisme
Komensalisme ialah interaksi antara dua organisma, dengan satu organisma mendapat faedah daripada organisma lain tanpa menjejaskannya.


Hubungan komensalisme
Sebagai contohnya, ikan remora yang menumpang pada badan ikan yu. Ikan remora akan memperolehi perlindungan dan makanan, manakala ikan yu tidak mendapat apa-apa (faedah / kerugian)

b) Mutualisme
Mutualisme adalah interaksi antara dua organisma dengan kedua-duanya mendapat faedah.


Hubungan mutualisme
Sebagai contohnya, hubungan antara kerbau dan burung gembala kerbau. Burung gembala kerbau dapat makanan dengan makan kutu yang ada pada badan kerbau. Manakala kerbau pula mendapat manfaat kerana tiada kutu yang menghisap darahnya. Kerbau tidak perlu garu sebab gatal.

c) Parasitisme
Parasitisme ialah hubungan interaksi antara dua organisma, dengan satu organisma mendapat faedah, manakala yang satu lagi mendapat kerugian.


Hubungan parasitisme
Contohnya adalah cacing pita yang ada dalam badan manusia. Cacing pita ini akan memperoleh faedah kerana mendapat makanan percuma daripada manusia, tetapi manusia pula mendapat kerugian kerana zat makanan habis diserap oleh cacing tersebut.


11 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Salam..
    Soalan saya..
    Apakah kepentingan interaksi antara organisma hidup dan persekitaran?

    Terima kasih atas keprihatinan Cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Nursyazwani..

      Boleh rujuk link ini yer.. ;)

      http://www.cikguhailmi.com/2013/06/pbs-interaksi-dalam-ekosistem.html

      Padam
  3. salam cikgu, saya nak tanya bagaimana organima2 hidup meneruskan kelangsungan hidup??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. organisma hidup meneruskan kelangsungan hidup dengan cara saling bergantung antara satu sama lain. Bagaimana mereka bergantung antara satu sama lain?. adalah dengan interaksi di atas, bersaing sesama sendiri, menjadi mangsa atau pemangsa, bersimbiosis, berkomensalisme dan bermutualisme..

      Padam
  4. bonjour,merci moisure halim

    BalasPadam
  5. Hello Sir,my name is Jeya.. I think this blog is very helpful to my school science project ...Here also got many helpful tips !!! But my small request is please kindly expand the notes because it is too small....:) anyway I know the difficulty of create a blog.Thank you sir !!! Keep in touch

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye Jeya.. I am really appreciate your good suggestions.. I also tried it once, but it not suits my blog well. Sorry Jeya... ;)

      Padam
  6. cikgu,saya ada soalan : adakah cacing tanah mrupakan contoh pngurai?mngapa?

    BalasPadam
  7. terima kasih sebab memudahkan kerja saya . MERCI. ARIGATO GOZAIMAS :))

    BalasPadam