.

.

KARTiKEL

Rabu, 24 April 2013

Dr Rubiah K Hamzah : Pendidik Salah Kalau Pelajar Bermasalah!

Malam nih belum sempat nak rileks sebentar bersama Kit Kat sebab seharian kepenatan di sekolah, tiba-tiba naik status yang dikongsi oleh seorang rakan sejawatan. Perkongsian artikel keratan akhbar mengenai pernyataan hebat daripada seorang yang dikatakan Pakar Motivasi Keluarga, Dr Rubiah K Hamzah yang berbunyi:


Dr Rubiah K Hamzah : Cikgu Salah Kalau Pelajar Bermasalah!

"Disiplin pelajar adalah bayangan didikan pendidik (ibu bapa dan guru). Jika pelajar dilabel bermasalah, sebenarnya pendidik itu yang bermasalah.."


Artikel tersebut telah menjadi satu sensasi panas dalam kalangan guru-guru dan juga page-page Facebook yang berkaitan dengan guru, serta dah tentu lah mendatangkan kemarahan guru-guru lain juga.

Ramai kalangan guru yang menempelak kenyataan "pakar" tersebut kerana tak menampakkan langsung ciri-ciri beliau sebagai pakar motivasi yang sepatutnya lebih berhemah dalam ketika memberi teguran dan nasihat kepada pihak lain.

Apatah lagi kenyataan beliau juga dilihat sebagai menuding jari bulat-bulat semua kesalahan pelajar kepada pihak pendidik (ibu bapa dan guru)!

Ada juga rakan guru yang memberikan "kata-kata motivasi" kepada pakar motivasi kita dengan jauh lebih berhemah. Paling menarik, bila ada juga yang berkongsi pengalaman "manis" bersama dengan Pakar Motivasi tersebut ketika sesi ceramah di sekolah masing-masing. Hasilnya? hmm.. 1 jari tunjuk kat orang, terlupa ada lagi 4 jari tunjuk kat diri sendiri...

FB Pakar Motivasi tersebut juga menjadi sasaran ramai guru-guru yang menyatakan rasa takpuashati mereka terhadap statement yang dikeluarkan. Samada disensasikan oleh akhbar atau memang kenyataan tersebut tulus murni dari tuan empunya diri, sememangnya statement lepas tangan sebegitu amatlah sangat tidak wajar.

Setiap daripada kita ada fungsi dan peranan yang perlu digalas dengan penuh rasa tanggungjawab masing-masing. Janganlah semudahnya kita menyalahkan pihak lain dalam ketika menyelesaikan sesuatu permasalahan. Masalah tidak akan selesai dengan sikap sedemikian, sebaliknya lebih baik jika kita bergandingan bagi menyelesaikan masalah tersebut bersama-sama. Barulah mantopp!!

Apatah lagi di saat guru-guru dibebani oleh bebanan kerja terlampau yang tidak berkesudahan, yang sememangnya isu yang tidak akan dapat difahami oleh pihak-pihak lain, kecuali jika anda seorang guru!




15 ulasan:

  1. entry yang sama le cikgu hailmi..hehe. Sy pun panas gak semalam masa baca statement Dr. Rubiah ni, terus google cari sape Dr. ni, serius mmg tak kenal ! Sedap2 hati jer buat statement macam tu..mmg hot ler ! hehe

    BalasPadam
  2. Slm, jgn cepat melatah, anggap ini sebagai suatu cabaran. Sebagai ibu bapa sy rasa guru juga manusia biasa yg boleh ditegur begitu juga dgn Dr. Rubiah. Sama2 kita muhasabah diri, adakah gaji yg kita terima setimpal dgn apa yg kita laksanakan.Ingat berkhidmat kerna Allah. Insya Allah pasti hidup diberkati.

    BalasPadam
  3. memang la tak kenal sebab jarang tengok rancangan motivasi. bila kena tegur sikit mula nak marah. saya pernah jadi student dulu & saya akui memang guru cerminan pelajar. bila guru tu x dapat nak fahamkan student tu, memang student akan cepat boring akan subjek tu & malas belajar. sepatutnya ambil sebagai iktibar, bukan melenting..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes..kalau tak tgk rncangan tanyalah ustazah atau ustazah pilihan,slot motivasi pagi,muqaddimah,atau semanis kurma,mmg tak kenal kot sape Dr Robiah.
      hairan kalau ada org ckp tak kenal...

      sy selalu ikut ceramah Dr Robiah,,rata2 dari ceramah beliau byk fokus pada ibu bapa..amat jarang sebut psl guru sekolah...skit sgt bagi sy.

      petikan yg di atas tu bgi sy kurang jelas....sy yakin Dr Robiah xde niat nak singgungkan hati sesiapa..sy yakin pendidik tu lebih diberi tumpuan kepada ibu bapa...better kalau ada artikel penuh tampal sekali artikel penuh..biar ada ayat smbungan lepas ayat di atas...sy rasa sedih juga bila ramai guru serang Dr Robiah mcm tu...sy yakin bende ni sebenarnya salah faham...

      Padam
  4. Dr Rubiah tak akan tak kenal. Kalau tengok Ustazah Pilihan..mesti kenal. Cikgu tak tengok rancangan mcm tu ye...kita tak kenal maka tak cinta. Kenali dulu baru boleh komen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju...guru2 moga salah faham ini dapat dirungkaikan...
      Dr Robiah in person jika dikutkan amat disenangi ramai..
      mgkin guru2 yang salah faham agaj jarang dengar ceramah beliau..

      bila tiba2 kua ayat kt atas tu tiba2 semua jdi sentap.
      apa2 pun terima ia dengan hati terbuka k...smg guru2
      terus berusaha untuk meningkatkan lagi profesion
      perguruan

      Padam
  5. Kita kerja takan nak kena puji sahaja. Kalau ada orang tegur, ambil yang positif sahaja. Sebagai pendidik pun kena byk bersabar untuk komen- komen negatif.

    BalasPadam
  6. ;) cuba baca dulu betul2 apa yang saya tulis, kemudian baru komen yer..

    BalasPadam
  7. kalau setakat nak salahkan orang tu memang mudah...bukannya meperbaiki keadaan....

    BalasPadam
  8. kalaau bab disiplin sekolah ni..memang tak habis kalu nak salahkan...bila berlaku masalah atau insiden..baru sibuk nak cari salah..

    sedangkan yg tukan komen tu..masa dia sekolah dulu,sapa yg ajar disiplin diri?

    BalasPadam
  9. setuju cikgu khairul dengan ayat, "setakat nak salahkan orang lain memang mudah, bukannya nak memperbaiki keadaan.."

    banyak yang nak pandai cakap jer..

    BalasPadam
  10. teguran boleh diterima jika kena gayanya..senang saja salahkan orang lain..

    BalasPadam
  11. betu tuh warna kehidupan.. kalau nak salahkan orang lain, memang senang sangat..

    BalasPadam
  12. Tak boleh salahkan pendidik seratus-peratus. Banyak je, budak2 jenis yg xmakan nasihat, bak mencurah air ke daun keladi. Kita ambil tindakan yg sewajarnya, tapi kalau pelajar tersebut pilih jugak jalan salah, nak paksa ikot mana lagi??

    BalasPadam