KARTiKEL

Sabtu, 20 April 2013

SAINS | Aktiviti Mengkaji Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem Dalam Kawasan Sekolah

Bagi pengajaran dan pembelajaran untuk topik spesies, populasi, komuniti, habitat dan ekosistem, saya telah membuat aktiviti kajian lapangan di sekitar kawasan sekolah. 

Aktiviti Sains Mengkaji Pelbagai Jenis Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem Dalam Kawasan Sekolah 

Kelas yang dimaksudkan adalah kelas 2B, dengan bilangan pelajar seramai lebih kurang 35 orang (ramai tak ada sebab terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum luar sekolah). Masa yang digunakan adalah 70 minit, iaitu bersamaan dengan 2 waktu yang diperuntukkan untuk subjek Sains.

Set Induksi (5 minit)
Pelajar berkumpul di ruang legar sekolah membentuk satu bulatan besar. Pelajar diminta oleh guru untuk memerhatikan sekeliling mereka, melihat kepelbagaian jenis organisma (tumbuhan dan haiwan) yang ada. 

Aktiviti Sains Mengkaji Pelbagai Jenis Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem Dalam Kawasan Sekolah

Saya memperkenalkan perkataan baru seperti spesies, populasi, komuniti, habitat dan ekosistem kepada pelajar sambil memberikan contoh yang ada di depan mata pelajar.


Perkembangan (60 minit)
1. Membentuk kumpulan (5 minit)
Pelajar diminta membentuk 7 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pelajar untuk setiap kumpulan. Kawalan pelajar pada ketika ini mesti bagus supaya  pembentukan kumpulan dapat berjalan lancar tanpa memakan masa yang panjang. 

Aktiviti Sains Mengkaji Pelbagai Jenis Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem Dalam Kawasan Sekolah
 
Setiap kumpulan terdiri daripada gabungan jantina yang berlainan. He3.. Ini adalah bagi tujuan mengelakkan aktiviti sembang menyembang dan harap mengharap antara satu sama lain.


Aktiviti Sains Mengkaji Pelbagai Jenis Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem Dalam Kawasan Sekolah

Pelajar juga diberikan pen marker dan kertas mahjong bagi mempersembahkan hasil dapatan kajian mereka pada akhir kelas nanti.

2. Merancang kajian (5 minit)
Setelah membentuk kumpulan, pelajar diberi masa 5 minit untuk membincangkan kawasan sekitar sekolah yang menjadi pilihan mereka sebagai kawasan kajian lapangan. Saya memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pelajar untuk memilih kawasan kegemaran mereka. 
 
Aktiviti Sains Mengkaji Pelbagai Jenis Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem Dalam Kawasan Sekolah

Selain itu juga, ada kumpulan yang telah bertindak dengan lebih baik dengan melantik ketua dan membahagikan tugas kepada ahli kumpulan. Pandai!

3. Mengumpulkan maklumat  (20 minit)
Bermulalah episod mengumpulkan maklumat daripada kawasan kajian. Antara kawasan yang menjadi pilihan pelajar adalah kawasan Periuk Kera Raksasa, kawasan Taman SPBT, kawasan Taman KHB, kawasan Padang Asrama Orkid dan juga kawasan Parking Pengetua. 


Aktiviti Sains Mengkaji Pelbagai Jenis Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem Dalam Kawasan Sekolah

Saya bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan bagi memantau aktiviti pelajar serta membimbing mereka ke jalan yang benar. Ada antara mereka yang dapat bekerjasama dengan baik, serta melakukan tugasan dengan cepat. 

Aktiviti Sains Mengkaji Pelbagai Jenis Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem Dalam Kawasan Sekolah
Sekadar gambar hiasan, bukan kumpulan yang dimaksudkan.. ;)
 Tetapi ada juga yang cuma mengharapkan seorang dua yang mengawal dan melakukan semua nya. Hmm tak bagus! 

Aktiviti Sains Mengkaji Pelbagai Jenis Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem Dalam Kawasan Sekolah

Ada juga kumpulan yang telah siap mengumpulkan maklumat mereka awal-awal lagi mula mencatatkan apa yang perlu dalam kertas mahjong mereka.

4. Menterjemahkan maklumat (10 minit)
Seterusnya setelah semua pelajar siap melakukan kajian di kawasan lapangan, semua bergerak ke ruang legar sekali lagi bagi melakukan kerja yang terakhir, iaitu menterjemahkan maklumat.
 
Aktiviti Sains Mengkaji Pelbagai Jenis Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem Dalam Kawasan Sekolah

Setiap kumpulan bertungkus lumus menyiapkan persembahan pada  kertas mahjong dengan cantik sekali. Sekalipun mereka menggunakan sumber yang agak terhad, serta berada di luar bilik darjah, namun tahap kreativiti mereka amatlah dibanggakan!

5. Membentangkan maklumat (20 minit)
Setiap kumpulan diberi masa 2/3 minit untuk membentangkan hasil dapatan masing-masing mengenai aktiviti ini. 

Aktiviti Sains Mengkaji Pelbagai Jenis Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem Dalam Kawasan Sekolah

Kebanyakkan daripada mereka masih lemah dari segi teknik menyampaikan persembahan, justeru itu masa yang diperuntukkan adalah jauh lebih daripada mencukupi. Masih boleh diperbaiki.


Penutupan (5 minit)
Bagi penutupan, saya telah memilih kumpulan terbaik bagi memberikan definisi bagi spesies, populasi, komuniti, habitat dan ekosistem. 
 
Aktiviti Sains Mengkaji Pelbagai Jenis Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem Dalam Kawasan Sekolah

Pelajar juga diminta untuk menyiapkan peta minda yang sama bagi hasil dapatan kajian lapangan mereka dalam Buku Nota Sains. Masa 2 minit untuk bergambar sebelum balik kelas!



3 ulasan:

  1. Saya dilantik sebagai SISC BI oleh JPN. Saya memohon SISC+ 2013 tetapi tidak dipanggil untuk temuduga. Kenapa? Mana silapnya walhal saya memenuhi semua syarat seperti yang ternyata dalam iklan.

    BalasPadam
  2. tahniah cgu halimi....anda sgt rajin dn komited

    BalasPadam