About Me

Benarkah Graviti Hilang di Kanada?


misteri graviti hilang di kanada


Tahukah anda semua, bahawa sejak 40 tahun yang lalu, sebahagian besar daripada Kanada, terutamanya di Teluk Hudson, tarikan graviti telah 'hilang' di kawasan tersebut. Ini bermaksud, di kawasan ini, tarikan graviti nya adalah jauh lebih rendah daripada kawasan-kawasan lain dunia. Fenomena ini dikenalpasti pada tahun 1960-an apabila medan graviti bumi yang cuba dicatatkan jauh lebih rendah daripada kawasan lain.

Kita juga perlu sedar bahawa, sememangnya daya tarikan graviti adalah berbeza-beza bagi semua tempat di dunia. Namun, persoalan nya, mengapakah kawasan di Kanada yang menjadi tempat berlakunya fenomena tersebut? Dua teori telah dikemukakan bagi membincangkan misteri ini.



Teori yang pertama ialah telah berlaku perolakan dalam mantel Bumi. Mantel bumi adalah lapisan batu lebur yang dikenali sebagai magma, dan wujud di antara 60 dan 124 batu di bawah permukaan bumi. Magma adalah sangat panas dan sentiasa berpusing, ini akan mencipta arus perolakan. Perolakan ini akan menyebabkan plat benua bumi turun, dan sekaligus mengurangkan jisim di kawasan tersebut, serta juga tarikan graviti nya.Teori kedua ialah disebabkan oleh Lembaran Ais Laurentide, yang meliputi banyak kawasan Kanada dan bahagian Utara Amerika Syarikat. Lapisan ais ini adalah hampir 2 batu tebal dan di kawasan Teluk Hudson pula ianya adalah sehingga setebal 2.3 batu! Sepanjang tempoh 10, 000 tahun, Lembaran Ais ini telah mencair dan akhirnya hilang dan meninggalkan kesan lekukan yang sangat dalam di bumi. Oleh itu kawasan sekitar Teluk Hudson mempunyai kurang jisim dan ini juga bermaksud kurang graviti.
 
Jadi teori yang manakah adalah betul? 

Yang pasti kajian yang dilakukan tentang graviti ini juga mampu memberi pemahaman yang lebih baik bagaimana pemanasan global dan kenaikan paras laut boleh mempengaruhi planet kita pada hari ini dan apakah kesannya kepada masa depan kita.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. hmm mungkin betol mungkin juga salah.. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

    BalasPadam
  2. setuju tuh mieza.. semua asyik nak wat teori masing-masing jer..

    BalasPadam