.

.

KARTiKEL

Sabtu, 16 Mac 2013

10 Makanan Hebat Yang Boleh Menaikkan Mood Kita






Kadang-kadang mood kita tak bagus, macam-macam benda yang tak berkhasiat kita nak makan sebagai untuk melepaskan tekanan. Tapi sekarang, lepas baca artikel nih cuba makan makanan-makanan kat bawah bagi menaikkan semula mood anda supaya ceria dan bahagia sepanjang hari!


#1 - Beri
Buah beri memang terbukti berkesan dalam melawan tekanan kerana kandungan antioksidan nya yang tinggi. Dalam kata lain juga, beri berupaya untuk menghasilkan "enzim ceria" dalam otak, sekaligus mengurangkan risiko untuk terkena kanser. 


#2 - Coklat
Coklat juga terbukti dalam membaiki daya kognitif berfikir manusia. Lebih gelap warna coklat tersebut, maka lebih baik kesannya untuk otak kita. Pemakanan coklat juga mampu untuk mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk) dan juga dapat menaikkan mood kita dengan serta merta. Coklat dapat merencatkan perembesan hormon stres, selain dapat meningkatkan penghasilan endorfin yang sekaligus menaikkan aras serotonin untuk menceriakan anda sepanjang hari.


 #3 - Teh Hijau
Teh hijau kaya dengan antioksidan, asid amino dan L-theanin yang mampu mengurangkan rasa tekanan. Pengambilan berterusan teh hijau dapat meningkatkan tahap kesihatan dan akan menyebabkan rasa yang lebih sihat. L-theanin juga dapat membantu untuk lebih fokus dan menguatkan daya ingatan.


#4 - Pisang
Pisang juga merupakan makanan yang baik untuk menaikkan mood kita. Kandungan triptophan dalam pisang amat membantu menaikkan aras serotonin dalam badan. Triptophan juga membantu untuk tidur dengan lebih baik. 


#5 - Ikan Sardin
Ikan sardin amat kaya dengan Omega-3 yang amat membantu mengurangkan tekanan. Kandungan Omega-3 tersebut juga membantu bagi memastikan neurotransmitter untuk berfungsi dengan lebih baik dan berkesan, sekaligus memanjangkan hayat fungsi otak.


#6 - Avokado
Avokado dipercayai mengandungi lemak sihat yang membantu dalam meningkatkan aras dopamine dan juga  endorfin.


#7 - Ayam
Ayam juga dipercayai mengandungi triptophan yang tinggi. Seperti juga pisang, makanan ini dapat meningkatkan lagi kandungan serotonin dalam badan.


#8 - Sayuran Hijau
Pengambilan sayuran yang berwarna hijau juga sebenarnya amat membantu dalam mengurangkan rasa tekanan kepada kita. Kandungan asid dalam sayuran dapat membantu mengatasi tekanan.


#9 - Telur
 Telur terutamanya kuning telur dapat membantu mengatasi rasa tekanan dengan kandungan Vitamin D di dalamnya. Vitamin D membantu menghasilkan serotonin sekaligus membaiki mood kita.


#10- Walnut
Kacang walnut ini memang terkenal dengan kebolehan untuk membaiki kesihatan sel. Selain daripada itu pemakanan kacang walnut ini juga dapat membantu untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

 

0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan