.

.

KARTiKEL

Sabtu, 16 Februari 2013

Pesanan Khalifah Abdul Malik Marwan Untuk Cikgu Anaknya

Khalifah Abdul Malik bin Marwan dilahirkan pada tahun 26 Hijrah (646 Masihi). Beliau adalah Khalifah kelima Bani Umayyah yang memerintah dari tahun 65 Hijrah - 86 Hijrah (685 - 705 Masihi). Beliau seorang penghafal Al-Quran, cendekiawan ternama dan mempunyai pengetahuan agama dan Bahasa Arab yang tinggi.



Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Beliau banyak melakukan pembaharuan semasa zaman pemerintahannya, antaranya ialah mengeluarkan matawang emas, mengumpul kembali Mushaf Uthman, mewujudkan sistem birokrasi yang dianggotai oleh keluarga Marwan dan menubuhkan pasukan tentera khas sebagai tentera kerajaan. Pada zaman pemerintahan beliau jugalah, Qubbat Al-Sakhrah dibina di Baitul Muqaddis.


Qubbat Al - Sakhrah atau lebih dikenali sebagai Dome of Rock
Qubbat Al-Sakhrah (Dome of Rock)


Pesanan Khalifah Abdul Malik Marwan kepada guru anaknya:

1. Ajarlah anak ku tentang kebenaran, sebagaimana engkau mengajarkannya Al-Quraan

2. Suruhlah mereka berpegang teguh kepada akhlak yang mulia

3. Serulah mereka untuk bergaul dengan orang-orang yang mulia dan ilmuwan

4. Hormatilah mereka di khalayak ramai dan sekiranya mereka melakukan kesalahan, marahilah mereka secara tersembunyi

5. Pukullah mereka jika mereka berdusta

6. Perdengarkan mereka dengan syair-syair yang boleh menjadikan mereka lebih berani

7. Elakkan mereka daripada bergaul dengan orang-orang jahil


kredit to :http://pbssainsonline.blogspot.com/2013/02/pesanan-kepada-pendidik.html



2 ulasan:

  1. pesanan yg bagus..insyallah sentiasa ingat dan diamalkan..:-)mohon share ya..:-)

    BalasPadam