About Me

Meteoroid / Meteor / Meteorit Yang Hentam Bumi Russia?

Meteor kelihatan di bumi Chelyabinsk, Russia

Pada jam 900am 15 Februari 2013, dunia dikejutkan dengan kejadian hentaman meteor yang berlaku di bahagian tengah Russia yang telah mengakibatkan hampir 500 orang penduduk cedera. Batu Meteorit sebesar bas 2 tingkat itu kelihatan jelas di langit Chelyabinsk, kira-kira 1500km timur dari Bandar Moscow.


Fahami definisi berikut sebelum baca lebih lanjut
Meteoroid adalah jasad-jasad kecil di sistem suria yang ukurannya lebih kecil daripada asteroid tetapi lebih besar daripada sebuah molekul
Meteor adalah jejak gas yang terhasil daripada pemeruapan meteroid ketika memasuki atmosfera
Meteorit adalah bahagian meteroid yang selamat tiba di bumi



Bumi Chelyabinsk, Russia terang benderang sebelum menerima hentaman meteor

Saksi menyatakan bahawa mereka merasakan gelombang tekanan dan juga letupan kuat sebaik sahaja objek tersebut mendarat di bumi. Akademi Sains Russia menganggarkan meteorit seberat 10 tan tersebut memasuki atmosfera bumi pada kelajuan sekurang-kurangnya 33, 000 batu sejam, iaitu 15 kali ganda lebih laju daripada kelajuan sebiji peluru!

Unit kecemasan sudah mengarahkan hampir 20, 000 orang penyelamat bagi membantu menyelamatkan keadaan. Kementerian Pertahanan Russia juga telah mengenalpasti lubang sedalam 6 meter, akibat daripada hentaman tersebut dan sudah mengarahkan pihak askar bagi menyiasat kejadian tersebut.


Meteor yang jelas kelihatan di bumi Chelyabinsk, Russia

Liputan telefon juga akan ditutup buat sementara waktu. Sekolah ditutup sepanjang hari selepas letupan yang menyebabkan banyak tingkap pecah.


Peta Chelyabinsk, Russia

 Pihak Russia mengambil langkah berjaga-jaga yang sangat tinggi kerana kawasan Chelyabinsk ini merupakan kawasan perindustrian, yang menempatkan banyak kilang-kilang dan kemudahan besar termasuk loji nuklear dan juga Pusat Simpanan dan Rawatan Atom Mayak.

Tengok video di bawah untuk lihat sendiri hentaman tersebut



Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. wwweeesssshhhh.....tu bkn astrd yg dmksdkn NASA kh...? sy nk tnya nie ckgu...,yg astrd dmksdkn NASA tu......mne satu? yg akn mlintas bumi pd 16.2.13....jam 0300

    BalasPadam
  2. jatuhnya meteor ni, memeng beri kesan yang sangat buruk..

    BalasPadam
  3. kesan cmna tuh alyn?.. setakat skrg blom dengar lagi pasal radiasi ke.. cuma kerosakan dan kecederaan..

    BalasPadam