.

.

KARTiKEL

Ahad, 27 Januari 2013

Pengelasan Haiwan Bertulang Belakang Vertebrata

Pengelasan haiwan bertulang belakang ataupun lebih dikenali sebagai vertebrata, dikelaskan kepada 5 kumpulan yang berbeza mengikut beberapa ciri iaitu kelas ikan, amfibia, reptilia, burung dan mamalia

Antara beberapa ciri yang dipertimbangkan untuk pengelasan adalah beranak/ bertelur, berdarah panas/ berdarah sejuk, penggunaan insang/ paru-paru untuk bernafas dan beberapa ciri-ciri fizikal lain yang membezakan mereka antara satu sama lain.


Verterbrata ikan

IKAN
Tinggal di dalam air
Badan diliputi sisik yang berlendir
Mempunyai sirip, ekor dan badan aerdinamik untuk berenang
Bernafas melalui insang
Berdarah sejuk
Bertelur

Verterbrata amfibia
AMFIBIA
Tinggal di darat dan air
Badan diliputi kulit lembap
Bernafas melalui peparu dan kulit lembap
Berdarah sejuk
Bertelur 

Verterbrata reptilia
 REPTILIA
Hidup di darat dan air
Badan diliput kulit kering yang bersisik
Mempunyai gigi tajam dan tiada cuping telinga
Bernafas melalui paru-paru
Berdarah sejuk
Bertelur

Verterbrata burung
 BURUNG
Hidup di darat
Badan diliputi bulu pelepah
Bernafas melalui peparu
Mempunyai paruh tanpa gigi
Berdarah panas
Bertelur

Verterbrata mamalia
 MAMALIA
Tinggal di darat kecuali ikan paus dan lumba-lumba
Badan diliputi rambut atau bulu
Bernafas melalui peparu
Berdarah panas
Beranak 
   
 

9 ulasan:

  1. perlu membuat peta minda!!!!!!!!

    BalasPadam
  2. yer.. mmg senang zufishe.. nak lebih sng faham buat dalam bentuk jadual.. ;)

    BalasPadam
  3. yup...yup...yesssss

    BalasPadam
  4. x sdap pon sainssss...benci...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sdap ape sainss....suka ngat...

      Padam
  5. terima kasih kepada cikgu hailmi...sy mnjd mudah fhm dn sy dpt menyiapkan kerja sy...

    BalasPadam
  6. tajuk biodiversiti amat menyeronokkan

    BalasPadam