About Me

Awas! Bencana Berlaku Pada Setiap 26 Disember

Esok, tanggal 26 Disember 2012 sama ada anda sedar atau pun tidak, maka genaplah 8 tahun sudah kejadian Tsunami Acheh yang meragut sehingga hampir 300 000 mangsa daripada negara-negara yang terlibat. Dan sebenarnya bukan bencana Tsunami Acheh sahaja yang berlaku pada tarikh yang sama, tapi ada lebih banyak lagi bencana alam yang juga berlaku pada tarikh yang sama. Malah ada juga sebilangan yang tidak mahu ke mana-mana pada tarikh tersebut kerana percaya bahawa bencana alam akan berlaku pada 26 Disember setiap tahun!

Di sini saya senaraikan kejadian bencana alam yang turut berlaku pada 26 Disember setiap tahun.

2012 - ???
2011 - Siklon Dagmar yang melanda Scandinavia
2006 - Gempa Bumi Hengchun, Taiwan (7.1 richter)
2004 - Tsunami Acheh, Indonesia (300 000 kematian)
2003 - Gempa Bumi Bam, Iran (60 000 kematian)
1999 - Ribut Lothar yang melanda Eropah Tengah (kerugian 1.3 billion)
1997 - Letupan Gunung Berapi Soufriere Hills di Pulau Montserrat
1996 - Ombak Tidal di Sabah, Malaysia
1947 - Ribut Salji di New York, AS (salji setebal 25.8 inci)
1939 - Gempa Bumi Erzincan, Turkey
1932 - Gempa Bumi Kansu, China (kematian 70 000)






Anda Percaya?
Ini adalah kepercayaan karut! Hakikatnya, bencana alam ada berlaku di seluruh dunia, pada hampir setiap hari. Sama ada kita mengetahuinya melalui media massa, atau pun tidak mengetahui nya langsung kerana berlaku jauh dari negara kita.

Jadi, semua bencana alam itu berlaku pada tarikh 26 Disember hanya secara kebetulan sahaja. Banyak lagi bencana alam yang menyebabkan kemusnahan lebih dahsyat berlaku pada tarikh lain. 26 Disember hanyalah tarikh biasa seperti hari-hari lain.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. wow..ni baru blog...ada prubhan sket...nmpk lawa...kehkehkeh....mmg kreatif la jg...

    BalasPadam
  2. TQ untuk support.. Semoga blog nih boleh memberi banyak manfaat kepada semua pihak.. TQ sekali lagi..

    BalasPadam
  3. dah lama tak datang log cikgu hailmi.. blog mkin cantik ^_^ terima kasih infonya

    BalasPadam
  4. Ya Allah, Mohon dijauhkan dari segala malapetaka...aaminnn

    BalasPadam
  5. Assalam.. bagi sya tak ada kebetulan dalam hidup ni.. semuanya suda tertulis sejak azali

    BalasPadam