About Me

Kisah Guru Hebat Macam Cikgu Saleh

 CERITA CIKGU SALEH


April 2005, sebulan selepas saya grad daripada USM, saya cuba nasib sebagai guru ganti Add Math di sebuah sekolah Teknik di Perlis. Memang tak dak ilmu langsung, sekadar ikut style cikgu-cikgu saya yang dulu, plus sedikit curi-curi tengok skill cikgu-cikgu kat sekolah tu.



Dalam pada tu, sempat saya bekerja sekali dengan guru hebat, iaitu Cikgu Saleh, yang juga seorang guru Add Math. Gayanya cukup bersahaja, pandai bergurau senda, menyebabkan Cikgu Saleh nih cukup popular dalam kalangan murid.


Saya ingat lagi masa sambutan Hari Guru, beliau dianugerahkan Guru Paling Popular. Penuh sempoinya, ketika diumumkan sebagai penerima anugerah, Cikgu Saleh terus berlari anak naik ke pentas untuk terima hadiah diiringi dengan tepukan dan riuh rendah daripada murid. Serious lucu!


Tapi masa tu saya sedar, betul.. Memang Cikgu Saleh ‘popular’ dan disayangi anak muridnya.

 

Satu lagi kenangan Cikgu Saleh nih yang saya ingat ialah, masa saya nyatakan keinginan untuk jadi seorang guru, ada satu pesanan beliau yang saya ingat sampai sekarang. “Jadi cikgu nih Hailmi, kita tak kaya.. tapi kita boleh senang.. Orang ada, kita pun inshaAllah ada.. ”


Cikgu-cikgu hebat dan luar biasa macam Cikgu Saleh nih memang ramai kat luar sana. Setuju kan?



Kalau anda kenal, jom calonkan mereka untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021 yang sudahpun memulakan pencarian guru-guru hebat  ini.


Mulai 2-18 April ini, jom calonkan ‘Cikgu Luar Biasa’ anda di: https://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi/nominate 


#AnugerahGuruInspirasiMcDonalds2021

#AnugerahGuruInspirasi2021

#HariGuruMcD

#TerimaKasihCikgu #CikguLuarBiasa

Catat Komen

0 Ulasan