About Me

Guru Cemerlang DG52, Hadiah Istimewa Tahun ke-15 Jadi Guru!

HADIAH ISTIMEWA TAHUN KE-15

Alhamdulillah berita gembira hari ini bila diserahkan surat pemangkuan Guru Cemerlang DG52 oleh Pengetua. Tak terfikir langsung masa mula dipostingkan tahun 2007 dulu, ini jalan yang Allah pilih untuk saya. Hajatnya, nak jadi cikgu saja. Tapi perancangan Tuhan maha luar biasa.


Guru Cemerlang DG52, Hadiah Istimewa Tahun ke-15 Jadi Guru!
Guru Cemerlang DG52, Hadiah Istimewa Tahun ke-15 Jadi Guru!


Saya dedikasikan semua pengorbanan dan penghargaan ini kepada mak ayah dan keluarga, punca rezeki yang tak jemu mendoakan kejayaan saya. Juga pada Pengetua, pentadbir, rakan guru dan warga sekolah yang sentiasa menyokong saya. Dan dah tentu anak2 murid yang sentiasa tak jemu jadi inspirasi dan motivasi kepada saya sebagai guru.
Tak berjaya saya, jika tanpa sokongan mereka. Anda semua hero!


Guru Cemerlang DG52, Hadiah Istimewa Tahun ke-15 Jadi Guru!

Guru Cemerlang DG52, Hadiah Istimewa Tahun ke-15 Jadi Guru!


Buat yang bertanya apa sasaran saya selepas ini, saya serahkan pada Allah menentukan apa yang terbaik untuk saya di masa depan. Yang pasti, doakan saya sentiasa tetap bersemangat dan buat yang terbaik atas apa amanah dan tanggungjawab yang ditugaskan kepada saya. Seperti yang saya selalu pesan, nak buat tak susah. Nak maintain tu, ya rabbi...
😁
Tak lupa juga, TERIMA KASIH khas buat semoga rakan di luar sana yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya. Kita sama-sama Cemerlang ya! 😍

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Tahniah! Semoga menjadi inspirasi kepada kami. Guru hebat!

    #BiarJasaJadiKenangan

    BalasPadam
  2. Tahniah cikgu..moga terus cemerlang dan menjadi motivasi dan pemangkin semangat pd guru-guru yang lain..

    BalasPadam
  3. Saya mohon GC DG32, tetapi terpaksa dilepaskan GC DG32, terima DG 42 KUP. Saya akan mohon lagi selepas 4 tahun ke GC DG44. Dalam masa 4 tahun, perancangan saya mohon jadi PK.🤭

    BalasPadam
  4. Tahniah Cgu..sumber inspirasi Kami.....syukur syukur

    BalasPadam
  5. Tahniah cg... Motivasi buat guru2 Muda di luar sana.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah dan Tahniah Cikgu, semoga cikgu terus success dunia n akhirat..juga menjadi pemangkin motivasi buat kami selaku pendidik.

    BalasPadam
  7. Tahniah .. semoga terus menjadi inspirasi dan pemangkin motivasi buat semua... syabas cikgu

    BalasPadam
  8. Terbaik cikgu inspirasi semua guru di Malaysia

    BalasPadam
  9. Tahniah... Semoga menjadi inspirasi kepada kami... awesome

    BalasPadam
  10. Tahniah!!! Moga terus cemerlang..

    BalasPadam
  11. Tahniah!!! Moga terus cemerlang..

    BalasPadam
  12. Boleh saya tahu, cikgu diobserve nazir pada bulan berapa tahun 2020?

    BalasPadam
  13. Very informative post and really appreciable. Keep doing great work like this.


    My web site ----- 강남오피
    (jk)

    BalasPadam