About Me

Webinar i-Guru: Bagaimana Menjadi Guru Influencer?

Alhamdulillah rezeki bila diberi peluang untuk berkongsi pada awal tahun 2021 ini dengan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia, satu pertubuhan guru. Kali ini tajuk yang dibawakan agak menarik, iaitu Bagaimana Menjadi Guru Influencer? 


Webinar i-Guru: Bagaimana Menjadi Guru Influencer?

Webinar i-Guru: Bagaimana Menjadi Guru Influencer?

Webinar i-Guru: Bagaimana Menjadi Guru Influencer?


Perkenalan saya dengan tuan Pengerusi i-Guru, Ustaz Azizee Hassan adalah bila digandingkan bagi webinar antarabangsa bersama guru Acheh pada tahun 2020 anjuran IPGM Kampus Islam. Dari sana, kolaboratif diteruskan bagi perkongsian ini. 

Saya berkongsikan sedikit pengalaman saya melibatkan diri dengan menggunakan media sosial untuk pendidikan sejak dari tahun 2012 menerusi blog dan penghasilan video di Youtube. Kemudian dikembangkan lagi ke Facebook dan Instgram. Serta kini ke Twitter dan TikTok. 

Yang berminat nak tonton webinar tersebut boleh terus ke link berikut. 




Meskipun ada tanggapan awal yang kurang menarik pada beberapa platform media sosial, tapi saya percaya cara penggunaan lah yang menentukan sama ada kita jadi orang yang beruntung, atau pun orang yang rugi. Jika bijak menggunakan peluang, inshaAllah hasil baik yang kita dapat. 



Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih buat i-Guru atas peluang perkongsian. InshaAllah ada rezeki pasti kita bertemu lagi. Selamat maju jaya!

Yang berminat dengan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia, boleh lah berkunjung ke https://www.i-gurumuslim.com/ untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian dan juga aktiviti.  


Catat Komen

1 Ulasan

  1. Perkongsian ilmu yang sangat berguna, TAHNIAH CIKGU AFNAN!

    BalasPadam