About Me

FULL VIDEO Pengajaran Sains KSSM Tingkatan 5 [ Bab 1 - Mikroorganisma]

FULL VIDEO Pengajaran Sains KSSM Tingkatan 5 [ Bab 1 - Mikroorganisma]. Dalam tajuk ini murid akan mempelajari tentang dunia mikroorganisma yang terdiri daripada fungi, alga, protozoa, bakteria dan virus. Selain itu murid akan mempelajari tentang mikrorganisma berfaedah serta pencegahan dan rawatan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma. 


PENGENALAN SAINS KSSM TINGKATAN 5

Murid akan diperkenalkan terlebih dahulu dengan ringkas akan kandungan pelajaran yang ada dalam Sains KSSM Tingkatan 5. Ada 4 tema, dengan 9 tajuk dan juga 7 eksperimen wajib dilaksanakan oleh murid.

Pengenalan kepada tajuk-tajuk dalam Sains Tingkatan 5 KSSM


1.1 DUNIA MIKROORGANISMA

Murid akan belajar mengenai ciri-ciri bagi fungi atau kulat, alga, protozoa, bakteria dan virus dari segi habitat mereka, saiz dan bentuk, nutrisi serta cara mereka membiak. 


Ciri-ciri fungi atau kulat

Ciri-ciri alga

Ciri-ciri protozoa

Ciri-ciri bakteria

Ciri-ciri virus

Aktiviti bina model mikroorganisma

Aktiviti kehadiran yis dalam pembuatan roti

Murid juga perlu menjalankan satu eksperimen wajib iaitu ekspperimen untuk membandingkan pertumbuhan bakteria pada agar-agar nutrien steril yang dicoret dengan tangan, tetapi berbeza tahap kebersihan. Memandangkan murid sekarang berada di rumah, maka sedikit pengubahsuaian dijalankan bagi memudahkan murid melaksanakan eksperimen tersebut di rumah. Boleh tonton video di bawah.


Video eksperimen untuk membandingkan pertumbuhan mikroorganisma [versi ASMR]
(boleh dengar suara-suara kat suasana kampung)


Kemudian murid mempelajari 5 faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma seperti kelembapan, cahaya, suhu, nilai pH dan nutrien. Aktviti disambung dengan menjalankan esperimen bagi menguji kelima-lima faktor pertumbuhan mikroorganisma. 

5 faktor pengaruhi pertumbuhan mikroorganisma

Eksperimen 4 faktor pengaruhi pertumbuhan mikroorganisma


1.2 MIKROORGANISMA BERFAEDAH

Dalam subtopik ini murid akan belajar tentang peranan mikroorganisma dalam kehidupan seharian sperti dalam bidang pertanian, perindustrian dan perubatan. Selain itu, murid juga didedahkan dengan potensi mikroorganisma untuk menghasilkan ekoenzim daripada penapaian sisa pertanian, seperti larutan pembersih koenzim dan serum bakteria lactobacillus sp. 


1.2 Mikroorganisma berfaedah


Projek STEM ~ Menghasilkan Enzim Sampah

Tuaian Hasil Enzim Sampah


1.3 PENCEGAHAN DAN RAWATAN PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH MIKROORGANISMA

Bagi subtopik ini murid akan mempelajari dua kaedah untuk mencegah daripada penyakit iaitu teknik aseptik dan penggunaan antibiotik. Untuk Teknik Aseptik, ada lima kaedah yang akan dipelajari iaitu pensterilan, pendidihan, penggunaan antiseptik, penggunaan disinfektan dan penggunaan sinaran. 

Cegah penyakit berjangkit dengan Teknik Aseptik

Rawat penyakit berjangkit dengan antibiotik


Untuk eksperimen wajib kedua, murid akan mengkaji kesan kepekatan antibiotik terhadap pertumbuhan bakteria. Pengubahsuaian pada eksperimen boleh dilakukan supaya murid dapat melakukannya di rumah. 

VIDEO


Akhir sekali murid belajar mengenai kaedah rawatan bagi penyakit berjangkit seperti penyakit pneumonia yang menggunakan antibiotik, athlete's foot menggunakan antifungal dan penyakit kayap menggunakan antiviral. 

Kaedah rawatan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh mikroorganisma


Semoga koleksi video ini membantu murid Sains Tingkatan 5 untuk belajar Bab 1 - Mikroorganisma dengan lebih baik. Semoga bermanfaat!


Catat Komen

0 Ulasan