About Me

Webinar UiTM: Pengurusan Kelas Bersama Bakal Guru

Hari ini terima jemputan daripada mahasiswa UiTM, bakal-bakal guru Biologi untuk perkongsian Tips Pengurusan Kelas bagi subjek EDU630: Profesional Development.

Tajuk perkongsian baru bagi abam. Jadi kena sedia slaid baru dan study dulu sket supaya apa yang kita nak cerita, relate dengan apa yang diorang belajar.


Webinar UiTM: Pengurusan Kelas Bersama Bakal Guru
Webinar UiTM: Pengurusan Kelas Bersama Bakal Guru


Alhamdulillah, dapat juga abam kongsi 3 perkara utama dalam menguruskan kelas, iaitu berkaitan urus rekod murid, urus kesediaan belajar dan urus motivasi murid.
Antara yang membantu abam urus murid adalah kena kenal dulu latar belakang murid kita, bina rapport yang baik menerusi banyak cara termasuk pelibatan dalam Ko-Kurikulum serta sifat jenaka yang perlu ada pada guru. Tahu tak, ada kajian bahawa guru yang masuk kelas tak senyum pon dah menggagalkan Komunikasi yang baik antara guru dengan murid!








Yang penting, usaha perbaiki diri dalam menguruskan murid dan kualiti pengajaran adalah usaha berterusan perlu untuk setiap guru. Setiap kali masuk kelas, setiap kali itu jugak lah kita bereksperimentasi dengan murid!
Saya doakan yang terbaik buat semua adik-adik bakal guru Biologi nih. Dan semoga suatu hari nanti dapat jadi guru yang hebat lagi Cemerlang! Amin



Catat Ulasan

0 Ulasan