About Me

Webinar Team Teaching Bersama NALI 2020 UTM; Plus IPGM Kampus Pulau Pinang Untuk Webinar Guru Positif

Alhamdulillah berjaya juga lunaskan amanah dan kepercayaan pada hari sebagai salah seorang speaker untuk program besar pendidikan UTM, iaitu NALI 2020.

Walaupun persiapan abam sampai 1 pagi semalam wat slaid, plus 3 kali rehearsal depan cermin, abam tetap nak ucapkan Jutaan terima kasih buat Dr
Noor Dayana Abd Halim
dan team yang bagi kepercayaan. Walaupun beliau tahu, English abam nih slang Jerman, tapi beliau tetap nak bagi cabaran nih.






Lenguh mulut kena speaking English, jadi sejam paling lama dalam hidup. Ahhahahahhahaa
Hasilnya, alhamdulillah lebih 47% dari audiens yang vote di mentimeter kata terinspirasi dan tahap tak sabar nak buat Team Teaching tu macam nak buat sekarang jugak katanya! 🤣


Selesai di NALI 2020, abam ready plak untuk perkongsian Cikgu Positif bersama adik-adik Comel dari IPG Kampus Pulau Pinang. Kita support sket depa.




Terima kasih dan sekalung tahniah buat team Nayli, Hamizan, Nik Imran dan Nabil yang tere gila ah handle webinar nih. Tahap profesional dah diorg punya keja. Bakal-bakal guru Cemerlang akan datang. Amin!
Semoga juga ramai yang dapat manfaat daripada perkongsian tadi. Wallahualam. 💕



Catat Ulasan

0 Ulasan