About Me

Webinar STEM Bersama UM: Misi Mempopularkan STEM!

Jutaan terima kasih buat Pusat STEM UM atas jemputan bagi berkongsi sedikit ilmu dalam perkongsian, "Kreativiti dan Inovasi Dalam Pendidikan STEM". Juga buat saudara Amirul Eqhwan dan Haziq selaku moderator kali nih.



Banyak yang dikupas pada perkongsian sejam nih. Lebih2 lagi berkaitan cabaran pendidikan STEM dan pendekatan yang berkaitan.
Ada 2 perkara yang saya tekankan, iaitu aspek kualiti guru dan juga usaha mempopularkan STEM itu sendiri. Guru harus lah mahir dengan pendekatan STEM, seperti inkuiri dan project-based learning bagi memastikan impak yang betul pada murid. Penekanan kepada kemahiran STEM yang betul, dengan cara yang betul, InshaAllah juga akan bagi hasil yang betul.





Perkara kedua adalah berkaitan usaha kita bersama dalam mempopularkan STEM. Semua pihak termasuk Industri, universiti, sekolah dan Komuniti patut bergandingan dalam merakyatkan STEM pada masyarakat. Biar pekerjaan dan apa2 berkaitan STEM itu nampak glamer, tak boring dan famous gituuuuu..
Bukan kerana nak jadikan semua murid kita para doktor, engineer dan Saintis, sebaliknya memetik kata Dr Ihsan Ismail untuk melahirkan masyarakat yang berfikirnya itu adalah secara saintifik; teratur, tersusun dan ada gaya berpikir nya sendiri.

Tak lupa juga saya ucapkan terima kasih buat rakan guru yang sentiasa menyokong dan sentiasa sudi mendengar perkongsian webinar saya. Semoga beroleh manfaat dari pandangan 20 sen saya. Love you guys! ❤️
Hidup STEM! #tiberrr



Catat Ulasan

0 Ulasan