About Me

Webinar KWSP KFAIR 2020 Bersama Veveonah dan Safwan Sawi

Alhamdulillah selesai juga sesi perkongsian dalam Webinar KFAIR2020 oleh KWSP bersama 2 figura

hebat
tanah air; si wartawan viral TV3,
Safwan Sawi
dan mahasiswa viral musim PKP, Veveonah Mosibin.
Perbincangan tentang cabaran pendidikan masa pandemik dan penyelesaian yang cuba kita laksanakan dari perspektif guru dan juga murid.









Saya sempat juga kongsikan inisiatif #cikgooTUBE dari guru kepada guru dengan sokongan padu KPM telah melahirkan ramai Edu content creator dalam kalangan guru kita. Tak lain tak bukan, adalah bagi menyediakan kepelbagaian bahan pembelajaran online yang sesuai dengan semua.
Harapan saya, dengan ketidakpastian yang masih menanti di hadapan, kita warga pendidik harus lah sentiasa dinamik dan sentiasa mencari solusi dalam memastikan pembelajaran berterusan yang
terbaik
untuk anak-anak kita.

Catat Ulasan

0 Ulasan