Siapa sangka, dengan sedikit keberanian, plus impian yang indah, banyak perkara yang boleh jadi kenyataan.
Mula dengan idea, wat kertas kerja, jumpa Pengetua, jam 12 emel surat dan jam 2 petang dah di hubungi Agensi @nuklearmalaysia untuk atur cadangan webinar. Mudah sangat urusan. Tak sangka sekolah kampung macam kami pun di layan dengan sangat baik. Diberi pulak Saintis Nuklear, Dr Mazleha Maskin yang sememangnya pegawai penyelidik yang pakar lagi berkemahiran.
Sama-sama teruja sebab tak pernah ada lagi kerjasama yang macam ni dengan sekolah lain. Maka bagai orang mengantuk disorong bantal, kami semua pon sangatlah gembira.
Bukan sekadar webinar, tapi kami jadikan ini sebagai aktiviti pdpc. Soalan yang dibincangkan juga semuanya berdasarkan syllabus KSSM Sains Tingkatan 4.
Terima kasih buat rakan guru dan murid-murid dari seluruh Malaysia yang dapat join bersama tadi. Ada yang ikuti dari sekolah. Ada juga yang ikuti dari rumah, terutamanya yang negeri PKPP. Semoga kita semua dapat banyak manfaat.
Yang terlepas tadi boleh tengok kat sini. Serius sangat berinformasi!
Saya ambil kesempatan nak ucapkan terima kasih kepada warga sekolah SMK Jerlun, terutamanya puan Pengetua Siti Rubiah Mohd Arshad yang banyak menyokong usaha ini. Juga kepada pakar Nuklear, Dr Mazleha Maskin dan Agensi Nuklear Malaysia yang sudi berkongsi kepakaran dengan anak-anak kami nih. Juga tak dilupakan Encik Yusof Radzuan daripada MOSTI yang banyak membantu menjayakan kerjasama ini.
Saya juga nak buat penghargaan istimewa atas komitmen anak-anak murid saya dalam menguruskan webinar ini. Mereka lah yang jadi Moderator, Urusetia juga AJK Teknikal yang menjadikan webinar ini suatu kejayaan. Tahniah anak-anak. Daddy bangga dengan hangpa semua!
Tengok aksi depa Behind the Scene uruskan webinar kat sini https://youtu.be/3rwUYW3xijU
.
.
.
Daddy baq ang..
#Nuklear #WebinarMurid #STEM @ Smk Jerlun
0 Ulasan