About Me

Webinar PLC Petaling Perdana bersama Guru Kanan Sains dan Matematik

 Alhamdulillah diberi rezeki untuk berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman dengan Guru Kanan Sains dan Matematik dari PPD Petaling Perdana petang nih.

Tajuk kami pilih, "Pengajaran Berkolaboratif dalam Menjayakan Agenda Pendidikan Berkesan".
Cerita pasal bagaimana PLC yang berlaku di sekolah, bagaimana kami uruskannya dan apa impak pada kemenjadian murid dan sekolah. Sesiapa pon pasti setuju, betapa penting nya peranan guru yang berkualiti dalam menentukan kejayaan murid dan sekolah.






Seperti yang saya kongsikan tadi, "menjadi guru yang cemerlang tu memang hebat. Tetapi cemerlang dan jadikan orang lain juga Cemerlang tu adalah another level of hebat!" (Cikgu Hailmi, 2020)

Jutaan terima kasih juga buat Cikgu Fiza yang berhubung sejak 2 minggu lalu, Cg Abdullah Selaku Moderator, team Majlis GK Sains Matematik Petaling Perdana dan PPD Petaling Perdana yang ambik inisiatif untuk perkongsian ilmu ini.

Semoga yang di kongsikan dapat jadi ilmu yang bermanfaat.

Catat Komen

0 Ulasan