About Me

Kongsi Ilmu Dengan Bakal Guru, Webinar Dengan Mahasiswa Pendidikan UiTM

 Alhamdulillah hari nih selesai satu lagi sesi webinar bersama adik-adik Mahasiswa Pendidikan #UiTM. Inisiatif perkongsian untuk bakal guru Fizik, Kimia, Biologi dan Math ini di usahakan sendiri oleh Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan, PM Ts Dr

Sha Ruzaina Sy Aris

sebagai memenuhi Keperluan subjek pada semester kedua pembelajaran online.










Mengambil tajuk, "Methods in Teaching Science", saya secara peribadi rasa teruja dan bangga dapat berkongsi sedikit pengalaman yang ada dengan adik-adik nih. Semoga dengan pendedahan awal melalui pengalaman saya ini, mampu jadi pedoman bila depa dah jadi cikgu kelak.
Seperti yang saya tegaskan pada perkongsian, bercakap tentang teori pendidikan tu memang mudah. Tapi part melaksana tu lah yang membezakan apa kita buat, dengan guru lain buat. Saya tekankan juga tentang memberi makna pada proses pengajaran kita supaya dapat impak pembelajaran yang sepatutnya. Tidak sekadar FUN, tetapi juga MEANINGFUL!
Semoga juga perkongsian ini memberi banyak manfaat kepada adik-adik bakal guru ini untuk jadi guru yang berjiwa pendidik. Amin.. ❤️

Catat Komen

0 Ulasan