About Me

Pembelajaran Online Gagal: Bukan Soal Gajet atau Internet, Tapi Pasal Sikap!

Semalam kita dengar kisah anak-anak kita di Sabah ditimpa kecelakaan akibat nak cari akses Internet untuk belajar. Sedangkan kita tahu, di banyak tempat lain dengan akses Internet yang baik, jenuuuuuuh cikgu ajak masuk kelas online.

Saya nak share sket pengalaman Home Visit saya minggu lepas ke rumah beberapa murid.


Pembelajaran Online Gagal: Bukan Soal Gajet atau Internet, Tapi Pasal Sikap!
Pembelajaran Online Gagal: Bukan Soal Gajet atau Internet, Tapi Pasal Sikap!


Sebab peratus penglibatan murid yang rendah, serta ada murid yang tak pernah muncul-muncul dalam kelas online sama ada guna Google Meet atau semudah WhatsApp, maka saya buat keputusan terus ke rumah diorang.

Banyak tujuan dia. Selain bertanya khabar, boleh juga saya tahu apa masalah yang kita boleh bantu, macam jadual belajar ka, tak ada gajet ka, atau masalah Internet ka etc.

Dapatan dia sangat lah menyedihkan dan sama seperti survei yang saya buat sebelum nih.
1. Semua murid yang dikunjungi ADA GAJET SIAP INTERNET. Sebab nya, semua mereka dikehendaki siapkan tugasan depan saya dan terus hantar menggunakan fon mereka. OK je saya tengok.
2. Mereka juga TAK BERKONGSI GAJET dengan mana-mana ahli keluarga mereka. Milikan penuh.
3. Daripada sebilangan yang saya kunjungi, semuanya juga TIDAK MEMBANTU DI SAWAH menurut ibu dan ayah mereka. Sebab tu lah masing-masing jam 1 petang baru bangun tidur!
4. Ibu dan ayah mengatakan anak SUDAH BERCUTI. Jadi tak perlu belajar lagi. Main lah games sampai jam 3 4 pagi.


Pembelajaran Online Gagal: Bukan Soal Gajet atau Internet, Tapi Pasal Sikap!
Pembelajaran Online Gagal: Bukan Soal Gajet atau Internet, Tapi Pasal Sikap!



Isunya bukan pasal gajet dan Internet sangat. Tapi 2 perkara yang patut kita bagi perhatian selepas ini, iaitu SIKAP MURID dan ILMU KEIBUBAPAAN.

Sekolah dan guru kena bersungguh fikirkan bagaimana nak betulkan SIKAP DAN MOTIVASI MURID untuk pembelajaran online nih. Kalau perkara nih dibiarkan berterusan, dah tentu impak kehilangan pembelajaran tu kita akan lebih rasa pada tahun mendatang.


Pembelajaran Online Gagal: Bukan Soal Gajet atau Internet, Tapi Pasal Sikap!
Pembelajaran Online Gagal: Bukan Soal Gajet atau Internet, Tapi Pasal Sikap!

Pembelajaran Online Gagal: Bukan Soal Gajet atau Internet, Tapi Pasal Sikap!
Pembelajaran Online Gagal: Bukan Soal Gajet atau Internet, Tapi Pasal Sikap!


Yang kedua, adalah ILMU PARENTING yang sewajarnya dah diterapkan kepada semua Ibubapa tak kira lokasi di mana mereka berada. Kalau di tempat yang kurang pendedahan, sepatutnya usaha ini perlu dilipatgandakan lagi untuk kebaikan bersama.

Usaha nak bagi anak-anak kita berjaya nih adalah usaha kita bersama. Jika semua pihak ambik peranan dengan betul, pasti pendidikan kita juga mampu jadi paling baik di dunia! ❤️



Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. salam. tahniah atas usaha keprihatinan tuan yg sgt tinggi. teruskan bersemangat untuk mendidik anak bangsa.

    BalasPadam
  2. Tahniah cg atas inisiatif...sy pantau kelas online ank sy darjah 1....sy lihat 99%-100% (salah satu sekolah SJKC di Kelantan) pandangan sy cg2 sekolah nie berjaya kerana penglibatan pelajar dan ibu bapa yg sgt cemerlang boleh dijadikan cth dan sy bg 5 bintang....

    BalasPadam
  3. Bosan belajar! Baik main game dan tido sepanjang hari..itukan lebih baik😤😤😤

    BalasPadam
  4. ada setuju ada x. mungkin cikgu berhadapan dgn anak2 murid yg kebetulan ada akses intenet dan gadjet sendiri. tambahan kalau murid tu sek menengah mungkin lbh kpd sikap. tetapi kalau sek rendah memerlukan tunjuk ajar ibu bapa. ibu bapa perlu mengadap anak2. xbole sekadar bg pada mereka arahan yg guru2 berikan utk mereka baca dan buat. ibu bapa pula ade yg bekerja. ada ibu bapa juga perlu online. jd waktu yg sesuai hanyalah di waktu mlm. waktu mlm smua kerja sekali nak kena buat. cikgu mengambil contoh seorg murid shj. bagaimana sekiranya ibu bapa mempunyai 3 atau 4 anak sekaligus d sekolah, cukupkah masa ibu bapa nak mengadap anak2 ini pada waktu mlm smua sekaligus?
    sbb tu ape yg cikgu ckp ada betulnya tetapi tidak secara total smua kerana sikap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la keadaan mcm saya, anak2 masih sek rendah. Kami suami isteri bekerja. Malam sahaja waktu ada bersama mereka utk menjawab soalan.

      Padam
    2. Saya setuju dgn pn kerana cikgu ni hanya buat kajian terhadap pelajarnya sahaja. Dan bukan kajian secara menyeluruh di seluruh negara dan juga kajiannya tidak libatkan pelajar sek rendah, tidak libatkan dari segi kewangan serta coverage.

      Padam
    3. Kebanyakan pelajar sekolah rendah mmg akn buat kerja sekolah dan ikuti pembelajaran..dipantau oleh parents..yg jadi masalah ialah pelajar sekolah menengah..yg kebanyakannya ada gajet sendiri..boleh uodate status..upload tik tok..tapi kelas xnk join..kerja xhantar..lebih dari 50% pljr ada sikap mcm ni..

      Padam
    4. Kebanyakan pelajar sekolah rendah mmg akn buat kerja sekolah dan ikuti pembelajaran..dipantau oleh parents..yg jadi masalah ialah pelajar sekolah menengah..yg kebanyakannya ada gajet sendiri..boleh uodate status..upload tik tok..tapi kelas xnk join..kerja xhantar..lebih dari 50% pljr ada sikap mcm ni..

      Padam
  5. pada waktu ini guru2 berlumba2 memberikan komitmen yg terbaik menggunakan intenet. smua guru2 bg kerja. cikgu mengambil contoh diri cikgu sendiri dgn meminta murid2 membuat kerja yg cikgu berikan. bygkan kalau ada 5 org guru lain yg proaktif seperti cikgu. mengajar, beri kerja pada murid, hadap murid pada waktu yg sama. ape akan jd agaknya? ape2 pn,usaha yg baik dr cikgu, tahniah!

    BalasPadam
  6. Saya setuju ttg sikap, cuba bayangkan cara pelajar pelajar ni sanggop tak mkn hanya kerana back topap, cg hailmi, lama tak bersembang, kalu balik perlis, mai la ziarah saya

    BalasPadam
  7. Kena tengok macamana Sri Aria School buat,mana Ada homework..pembelajaran Pon fun..saya kalau dok berdekatan dgn sekolah tu.dh lama dh htr anak ke Sana.

    BalasPadam
  8. Saya sokong. Rakan saya sendiri pun xmasuk kelas sbb main game. bila ajak dia kata alah malaslah, bukan penting pun. Bila tanya " siap homework tak". Dia jawab " ehhh, ada homework ka. / jangan tanya aku pasal homework, aku x siap langsung,. haishh

    BalasPadam
  9. Memang betul sikap merupakan salah satu sebab tetapi kesimpulan ni terlalu am kerana berkisar pada murid2 cikgu sahaja.. Kita kene tgk secara menyeluruh.. ada sesetengah keluarga yg sebelum pkp ni bekerja 2 atau 3 pekerjaan untuk mencukupkan perbelanjaan harian.. apabila pkp berlaku mereka terpakasa bekerja lebih keras kerana hilang pendapatan.. Masa mereka juga faktor yg perlu dilihat.. cikgu boleh pergi lawat rumah ke rumah tu sbb masa cikgu perlu berada di sekolah sudah tak perlu.. tak sama dgn ibubapa lain.. kerja mereka, tggungjwb ibubapa sekarang tambh dgn tugasan cikgu2 lambakkan lg kpd ibubapa akan buat mereka "overwhelmed".. kelas online ni terlalu mendadak secara tiba2 apabila rs sukar org akan abaikan.. kalau dimulakan secara transisi dr awal contoh 2 hari seminggu online... kemudian 3 hari seminggu bermula dr sekolah diajar untuk bisakan dgn sistem... mungkin perkara tak terlalu membebankan semua pihak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat sejahtera.Assalamualaikum.Ada betulnya saudara.kita sedia maklum,kita pelbagai ragam dan cara.sudah tentu berbagai cara kita aplikasi dalam kehidupan.kebanyakan guru telah mendidik beribu2 pelajar.ada antaranya amat berjaya dan ada juga yg kurang berjaya.dari situ, guru2 ini akan mengambil contoh pelajar yg telah diasuhnya berjaya.dari situ, pengalaman dan pedoman telah diteladani dan diambil contoh seterusnya diambil contoh tersebut untuk bakal pelajarnya.GURU2 juga diberi penanda aras serta manual yg perlu dipatuhi untuk melakukan pdpr.seterusnya perlu direkod secara online dan dizahirkan secara offline beserta bukti.(sampai begitu sekali utk pengetahuan saudara)Jika bergelar guru juga, mereka juga mempunyai keluarga dan anak2. Anak mereka juga diajar oleh guru kpd anak guru tersebut.Semuanya di saat sukar ini kita menghadapi kekangan termasuklah para frontliner yang berjuang utk negara.Lain.orang, lain caranya..Semua akan mengalami kesukaran, kesusahan dikala pandemik ini semakin berleluasa.Puncanya..satu..tapi mengajar dan mendidik kita dalam segala hal dan memberi ikhtibar. Di puhak kita pula, bersabar, bergandinglah bahu dalam memeranginya. Jalankan usaha kita semampu dan sebaik mungkin.Mungkin satu langkah yang kecil dari keluarga kita, memberi impak yang signifikan dan besar pada negara.Kita bersama sama membantu dan tidak menuding jari kepada sesiapa.Semoga memberi pengharapan yang lebih segar dimasa hadapan.Maafkan saya, doakanlah saya diberi kekuatan dalam mendidik. Semoga kita diberi hidayah dariNya.Yang baik datangnya dari Rabbulalamin..Wallahualam.

      Padam
  10. Salam.. Usaha yg baik... Btul ckp cikgu... Tp ckgu... Bkn smua ank didik kita brkemampuan...itu xblh disangkal... Ape2 pun... Kita ckgu yg kenal ank didik kita... Xblh nk pukul rata shj....

    BalasPadam
  11. I'm a form 1.Yes,dia tentang sikap.But ada benda yang mempengaruhi sikap Kita iaitu persekitaran.Saya dah baca banyak buku Mahathir(The Malay Dilemma) dan beberapa cerita dan filem di National Geographic,Discovery dan tengok kajian para saintis.Persekitaran rumah dengan sekolah berbeza.Di sekolah tiada telefon,jadual yang berbeza,nak berseronok terhad.Di rumah,pelajar dapat mengakses telefon mereka untuk main PUBG,ibu bapa yang tak mengawasi,dan katil di depan mata mereka sepanjang masa.So actually,it's about sikap.But sikap pelajar is different at school and home.Pembelajaran online is sure to not be effective to some of the students.Only pelajar yang memang determine sahaja akan berjaya dalam Pembelajaran Online.And those who the teachers should focus to

    BalasPadam
  12. Sangat bersetuju. Ramai murid kata xde duit nak topup data ttp bila kita tengok mrk boleh pula update status mereka. Ada yg kata tiada duit, kami tolong topup lagi duit. Belanja beribu2 utk tujuan membantu murid2 utk ikut pelajaran online, ttp dah diberi duit masih juga x ikut class online... Ttp bila kita check sorang demi sorang, nmpk "online"..."last seen at" sah mrk boleh online. Kita call pun x jawab. Kita call parents ada ibu yg jawab.. Oh dia ada sebelah saya nie tengah main game!!!!!! Kadang2 kita nak marah pun x boleh sbb itu pilihan ibubapa dan anak2 mrk sendiri... Guru hanya mampu menjalankan tugas sebaik yg mungkin... Selebihnya di tangan murid2 dan ibubapa mrk

    BalasPadam