About Me

EDUFLUENCERS #9 - Usaha Cikgu Syazana untuk Murid Pedalamannya

 Cikgu Noor Syazana Taib

guru yang mengajar di sekolah pedalaman (16 orang murid sahaja) di Sarawak. Berkebetulan masa kami reunion, beliau berada di bandar, dan ambil kesempatan untuk join sekali bagi bertemu dengan rakan-rakan Edufluencers yang lain.

Pendekatan beliau masa musim mencabar ini adalah dengan membimbing murid-murid untuk sertai sebanyak mungkin pertandingan online. Antaranya adalah Sagu Hati Pertandingan Baca Berita anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka , peserta Semarak Puisi Merdeka Peringkat Kebangsaan, peserta Baca Puisi Malaysiaku Merdeka peringkat kebangsaan, Peserta Sayembara Baca dan Kongsi bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan IFLA Junior Library Perfects Digital Peringkat Kebangsaan dan lain-lain lagi.








Meskipun ada kekangan Internet, murid beliau masih bersemangat untuk belajar benda-benda baharu macam Minecraft, Buncee, Wakelet, Canva dan sebagainya untuk subjek Sains.
So macamana beliau atasi isu Internet nih?
Ibu bapa akan ke sekolah setiap minggu untuk mengambil manual yang ditulis oleh beliau. Manual yang menggunakan gambar beliau sendiri atau Bitmoji dengan guna pendekatan dialog untuk tugasan.
Contoh : "Tajuk kita ialah _________. Hari ini cikgu akan terangkan________.Tugasan seterusnya_______ dan diakhiri ucapan tahniah serta terima kasih". Wahh.. clear kan?
Kita doakan semoga Cikgu Syazana terus tabah dan bersemangat dalam menyumbang bakti kepada anak-anak di pedalaman.

Catat Ulasan

0 Ulasan