About Me

EDUFLUENCERS #6 Cikgu Positive SHEE Tambah Ilmu Dengan Certification Guru

 Cikgu Shee Yuen Ling, guru Bahasa Inggeris daripada SJKC New Kopisan, Gopeng Perak nih lebih dikenali sebagai Cikgu

Positive Shee

. Memang sentiasa aktif dan buat banyak benda masa PKP nih.

Antara amalan terbaik beliau yang dikongsikan adalah budaya certification. Menyedari keperluan kepada aplikasi online untuk bantu pembelajaran, maka Cikgu Shee ambil inisiatif untuk menguasai aplikasi tersebut. Dan cara paling mudah adalah dengan mengikuti kursus online khusus oleh aplikasi tersebut, sehingga diberi certificate. Antaranya adalah Quizizz Certified Game Changer, Assemblr Certified Educator, Google Certified Educator Level 1 (GCE L1), Edpuzzle Coach, Wakelet Community Leader, Microsoft Innovative Educator Expert (MIEE) 2020/2021, Google Classroom Level 8 and Apple teacher. Banyak kan?






Antara aplikasi digital lain yang digunakan oleh cikgu Shee adalah Wordwall, Quizizz, Wakelet, Padlet, Edpuzzle, Liveworksheets, Assemblr Augmented Reality (AR), Bitmoji, Educaplay, Wizer Me, Anyflip. Huhuhu.. banyak lagi nak kena belajar nih.
Sebab tu tak heran kenapa untuk MCO nih saja, ada dua anugerah beliau raih, iaitu Anugerah PDP Kreatif dan Inovatif Guru Semasa PKP & Hadiah Penghargaan Pertandingan Bina Bahan PDPC Kreatif Secara Atas Talian Sekolah-sekolah KPM Negeri Perak 2020. Tahniah cikgu Shee!
Semoga juga usaha cikgu Shee ini dapat diikuti oleh lebih ramai guru-guru Malaysia dalam menguruskan pembelajaran musim PKPB nih.

Catat Ulasan

0 Ulasan