About Me

EDUFLUENCERS #3 - CARE, CALM & TOLERATE ~ Rahsia Cikgu Norafiza Jaga Emosi Murid

 Cikgu aktif lagi cemerlang yang ketiga ini adalah guru Biologi daripada SMK Bagan Terap, Selangor iaitu Cikgu

Norafiza Razilah
Untuk perkongsian semasa Bicara Edufluencers, beliau berkongsikan konsep Care, Calm and Tolerate untuk pendekatan PdPr. Okey, apa tu?
CARE - Ambil berat terhadap diri, keluarga, anak murid dan rakan sejawat. Perlu sentiasa bertanya khabar untuk menunjukkan sikap ambil berat. Dengan sendirinya, pelajar akan ikhlas dan bersedia untuk belajar.






CALM - Guru perlu bertenang jika PdPr yang berjalan tidak seperti yang dirancang. PdPr akan jadi lebih tersusun dan berjalan lancar jika dikendalikan tanpa stress.
TOLERATE - Bertoleransi dengan pelajar jika mereka tidak boleh mengikuti PdPr seperti yang dijadualkan. Berbincang tentang cara bagaimana mereka boleh mengikutinya sama ada pada waktu petang atau malam.
Selain itu, Cikgu Afiza juga sentiasa cuba pelbagaikan kaedah PdPr-nya guna pelbagai aplikasi macam Socrative, TriviaMaker, Padlets, Google Meet. Video PdP pun ada beliau hasilkan, termasuk Video Teka Teki Sains. Hehhe.. mesti ramai murid suka nih!
Satu lagi adalah menubuhkan group Telegram untuk bantu awab soalan yang tak difahami serta teknik menjawab soalan. Satu Malaysia pun ada join. Kita doakan semoga usaha Cikgu Afiza ini terus menyumbang kepada anak-anak Malaysia.
P/s: Cikgu Afiza minta saya letak gambar bersama murid nih, sebab rindu katanya! 😃

Catat Ulasan

0 Ulasan