About Me

Buku A B C Tokoh STEM Versi Malaysia. Anda Berminat?

 Hari ini terlintas balik kenangan masa mengikuti satu kursus STEM di Bandung, Indonesia tahun 2016 dahulu. Bengkel STELR-STEM yang dianjurkan oleh QITEP IN SCIENCE, melibatkan lebih 80 guru ASEAN (majoriti Indonesia). Satu perkara yang menarik perhatian saya pada masa itu adalah buku yang diberikan secara percuma kepada semua peserta.


Buku A B C Tokoh STEM Versi Malaysia. Anda Berminat?
Buku A B C Tokoh STEM Versi Malaysia. Anda Berminat?


"Antara inisiatif menarik yang dijalankan oleh Australian PICSE (Primary Industry Centre For Science Education) untuk menggalakkan murid lebih ramai menyertai bidang STEM adalah dengan penghasilan buku ini.

Buku ini mengandungi profil saintis negara mereka yang terlibat dan menyumbang dengan aktif kepada bidang STEM di negara tersebut.

Setiap kerjaya yang berkaitan dengan STEM disenaraikan mengikut abjad A hingga Z, dan gambar mereka di tempat kerja dipaparkan bersama, di samping biodata ringkas mereka.

Selain daripada berkongsi bidang kepakaran mereka, mereka juga berkongsi laluan kerjaya mereka serta nasihat kepada pelajar yang berminat.

Mendedahkan pelajar dengan kehebatan tokoh-tokoh sains sebegini, tentunya memberi inspirasi kepada pelajar untuk turut sama menyertai bidang STEM.

Best kan?

Jadi, kalau abam nak kumpul saintis buat buku yang macam ni untuk Malaysia, ada yang berminat?? 😁 "

Cita-cita nak hasilkan buku nih memang tak pernah padam. InshaAllah jika ada kesempatan saya akan cuba terbitkan bagi digunakan di seluruh Malaysia, oleh anak-anak kita. Yang berminat untuk berkolaboratif juga sangat saya alukan. Mudahan yang terbaik untuk generasi baharu Malaysia. Amin!

Catat Komen

0 Ulasan