About Me

Suara Generasi COVID: Titik Perjalanan 1

 Baru sempat nak berkumpul untuk satu lagi progam baru untuk murid SMK Jerlun, Suara Generasi Covid. Anjuran @arusacademy dengan kerjasama @kempendidikan

dan @unicefmalaysia
Kali nih, dengan gunakan modul 1 yang diberi, murid kena imbas balik apa yang dah berlaku pada mereka semasa PKP diumumkan dulu. Murid kongsikan pengalaman, perasaan dan luahan hati mereka.









Guna Suara Empati, bagaimana melihat orang lain menguruskan diri masa PKP. Apa nasib pelarian, gelandangan, orang hilang pekerjaan dan lain-lain.
Aktiviti nih bagi satu refleksi kendiri yang sangat baik untuk murid saya. Walaupun baru berusia 14 dan 15 tahun, tapi ruang diberikan ini digunakan untuk mereka renung dan muhasabah apa yang telah berlaku dengan lebih baik.
Boleh tengok video mereka beraktiviti kat sini https://youtu.be/A-FJpzdHm7I
Harapan saya semoga modul yang disediakan dalam program ini mampu membantu mereka untuk jadi remaja yang lebih berkeyakinan dan berani menyuarakan isi hati mereka.
Tahniah @arusacademy untuk program yang sangat baik! @ Smk Jerlun

Catat Komen

0 Ulasan