About Me

Selamat Maju Jaya Encik Zuraymie!

 Saya ambil kesempatan nak ucapkan Selamat Maju Jaya buat Encik Zuraymie, Pegawai JPN Kedah yang juga merupakan peserta NPQEL yang hari ini hari terakhir beliau menjalani perantisan di SMK Jerlun.

Alhamdulillah sepanjang 2 bulan nih saya sendiri banyak belajar daripada beliau. Ada saja input berguna bila kami bersembang.
Satu sikap beliau yang boleh dicontohi adalah sikap merendah diri, soft spoken dan sudi nak belajar dari sesiapa saja. Sangat lah bertepatan sikap sebagai seorang bakal pemimpin sekolah.






Di bawah pementoran Pengetua, Pn Siti Rubiah dan barisan Penolong Kanan yang berwibawa, saya yakin banyak ilmu kepimpinan yang beliau dapat dari pengalaman 2 bulan di SMK Jerlun. InshaAllah akan sangat membantu bila beliau direzekikan jadi Pengetua nanti.
Terima kasih jugak Encik Zuraymie kerana membantu usaha meningkatkan kompetensi kami guru-guru di SMK Jerlun menerusi Program Membutir Permata (melahirkan lebih ramai Guru Cemerlang) dan Kolokium Kajian Tindakan yang mencatat kan sejarah tersendiri buat kami warga sekolah.
Semoga terus diberi kemudahan dan dimurahkan rezeki, untuk cepat-cepat jadi pemimpin sekolah. Ada rezeki, kita jumpa lagi! 💐 @ Smk Jerlun

Catat Ulasan

0 Ulasan