About Me

Program Membutir Permata: Misi Lahirkan Ramai Guru Cemerlang di SMK Jerlun

 Mungkin melihat potensi dan bakat guru yang ada di SMK Jerlun, pegawai JPN yang sedang menjalani perantisan NPQEL, Encik Zuraymie telah menjalankan satu projek khas dengan tujuan meramaikan Guru Cemerlang di sekolah ini pada Rabu lepas.

Objektifnya mudah, melahirkan lebih ramai Guru Cemerlang dan Guru Yang Cemerlang budaya kerja nya.
Maka yang paling sesuai berkongsi tentu lah Ketua Nazir Kedah sendiri, Tuan Haji Rosli yang ditemani Encik Tajuddin.


Banyak perkongsian menarik daripada tuan Haji Rosli berkaitan Guru Cemerlang termasuk isu yang menyebabkan kegagalan Guru Cemerlang.
Saya turut diberi ruang untuk perkongsian pendek mengenai amalan dokumentasi bahan dan hasil kerja murid. Selain saya, Ustazah Ommi Kalsom juga berkongsi tentang Kajian Tindakan bersama Cikgu Fadzilah yang telah siap di hantar ke PPD.
Sesi di teruskan dengan lawatan ke bilik Hub PAK21 bagi melihat bahan dokumentasi saya dengan lebih dekat.
Tahniah Encik Zuraymie untuk idea segar yang pastinya akan memberi impak pada kompetensi guru dan kemenjadian murid akhirnya.
Seronok juga bila lihat rakan-rakan sporting, bagi komitmen dan bersemangat untuk bersama-sama jadi guru yang lebih baik. Semoga budaya baik ini di teruskan sehingga masa akan datang. #KitaJagaKita @ Smk Jerlun











Catat Komen

0 Ulasan