About Me

Pertandingan Inovasi Sendiri Pun Tak Berinovasi! Setuju Tak?

 Hari nih keluar lagi perkongsian rasa seorang rakan guru #Edufluencer tentang ketidakpuasanhati tentang pertandingan inovasi yang beliau sertai.

Yang bestnya, 2 minggu lepas masa berkumpul dengan #cikgooTUBE Kebangsaan juga, isu yang sama dibincangkan dengan pihak MOSTI.


Apatah lagi ramai yang lihat banyak Pertandingan inovasi sekarang lebih kepada platform nak cari Duit. Bayar Duit ja confirm bawak balik medal!
Sampai keluar satu ayat dari seorang rakan, "Pertandingan inovasi tu sendiri pon tak berinovasi!" 😜
Blom kira lagi kos yang cikgu-cikgu kena keluarkan nak bawak pasukan. Sekolah kaya takpa lah banyak duit. Tapi akhirnya apa pulangan dia?
Itu blom lagi masuk yang hanya nak tengok benda kosmetik saja. Content dan impak bagus camana sekali pon kena tendang tepi kalau takdek "drama" nya.
Teringat saya dengan satu pertandingan inovasi yang saya pergi tengok. Sefaham saya, ciptaan inovasi nih apa-apa yang boleh lagi mudahkan satu perkara. Kalau bagi lagi kompleks, bukan inovasi namanya.
Tapi akhirnya sangkaan saya yang meleset. Yang menang yelah yang ajar 1+2 (sepatutnya satu step mudah) tapi guna 10 step! Terus saya plak jadi tak paham.. 😅
Secara jujur, budaya berinovasi nih memang bagus. Sangat bagus. Tapi budaya berpertandingan tu yang dah jadi makin ke laut. Makin nak ambil kesempatan atas keghairahan orang untuk beranugerah.
Perkara yang saya selalu lontarkan, "Cikgu dah dapat 10 gold medal dalam Pertandingan inovasi, Cikgu ada jual tak inovasi cikgu? Ye lah, produk bagus mesti ada banyak benda nak buat kan?"
"Oh tak cikgu. Saya nak masuk lagi banyak Pertandingan inovasi pasnih..."
Hmmmm.. OK...
P/s: Gambar bersama inspirasi dan rakan baik saya, Cikgu Romie masa sertai Pertandingan inovasi buat kali pertama dan kali terakhir. 😝

Catat Komen

0 Ulasan