About Me

Kolokium Kajian Tindakan peringkat Sekolah Dengan Kerjasama SMK Jerlun, Institut Aminudin Baki Utara dan PPD Kubang Pasu

 Hari ni rasa bangga sungguh jadi sebahagian daripada warga Jerlun. Mana taknya, hari nih kami berjaya anjurkan Kolokium Kajian Tindakan peringkat Sekolah dengan kerjasama SMK Jerlun, Institut Aminudin Baki Utara dan juga PPD Kubang Pasu.

Bukan kerja mudah, tapi tak mustahil nak laksanakan. 12 kajian tindakan daripada setiap Panitia, termasuk pengurusan membentangkan samada secara langsung atau melalui pembentangan poster.
Oh ya, pembentangan juga disiarkan secara langsung menerusi webinar di YouTube OK!
Hebat
tak??
Paling jadi teladan, PK1 Cg
Nurma Komiza
dan PKHEM Cg Noorrida sendiri yang bentang kan juga projek pengurusan yang mereka jalan kan.
Terbaik
!Memang wajar dicontohi pemimpin lain juga.
Jutaan tahniah buat Pengetua, Puan Siti Rubiah dan Pegawai JPN yang sedang menjalani perantisan NPQEL di SMK Jerlun, Encik Zuraimey. Juga tahniah kepada barisan pengurusan, pembentang dan jemputan luar serta tak lupa kepada pembimbing dari IABU, Dr Rosnani dan Pegawai SISC+ Kubang Pasu, Pn
Sharifah Shafie
.












Paling utama, adalah semua rakan guru yang berjaya jalan kan Kajian Tindakan secara berkumpulan.
Hebat
sangat tau! Bukan kaleng-kaleng. Abam bangga dengan kita semua... 😍😍😍
Ini bukan kali pertama, guru-guru Jerlun menunjukkan komitmen luar biasa. Tahun 2016, kami ada Pertandingan inovasi antara semua Panitia. Tahun 2018, kami ada Seminar Amalan
Terbaik
bersama 5 guru. Alhamdulillah pengalaman yang sangat berharga 6 tahun di sini.
Semoga usaha meningkatkan kompetensi guru terus berjalan dengan baik di sini. InshaAllah dengan kualiti guru yang dipertingkatkan, pasti murid lah yang paling mendapat keuntungannya! Amin.. ❤️

Catat Ulasan

0 Ulasan