About Me

Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP

Penilaian komponen keberhasilan adalah merupakan sebahagian daripada Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Keberhasilan menyumbang wajaran sebanyak 10%. Tetapi sayangnya, masih ramai yang tidak mahir menulis keberhasilan dengan betul. Jom saya kongsikan sket cara penulisan yang betul untuk tulis keberhasilan. 

Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP
Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP

Secara ringkasnya, penilaian keberhasilan adalah penilaian hasil kerja utama yang memberi impak berdasarkan tugas dan tempat bertugas. Asas penilaian berfokuskan kepada peningkatan atau pencapaian, dan perlu dipertimbangkan secara profesional berdasarkan usaha, kesungguhan dan keberkesanan. 

Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP
Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP

Setiap sasaran keberhasilan haruslah mempunyai maklumat berikut:

1. Penggunaan kata kerja - guna perkataan seperti memastikan, mencapai, melaksanakan, menguruskan, merancang dan seumpamanya.

2. Penyataan ukuran - nilai yang digunakan untuk ukur sasaran seperti kuantiti, atau kualiti atau kos atau masa.

3. Tujuan sasaran - memperlihatkan hasrat / matlamat / penerangan terhadap hasil kerja.

4. Peringkat sasaran - tahap / peringkat penglibatan yang akan dicapai.


Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP
Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP


Berikut adalah contoh penulisasan sasaran keberhasilan yang tak sesuai. Antaranya adalah disebabkan tiada penyataan yang boleh diukur, kerja rutin berbentuk proses, tiada memberi impak kepada klien dan organisasi serta bukan hasil kerja utama. Tengok contoh di bawah:

Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP
Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP

Sebagai rujukan, cikgu-cikgu boleh lah download bahan yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menerangkan lebih lanjut tentang PBPPP kat pautan ini ya ..

http://ppdbp.edu.my/v3/attachments/article/3169/surat%20panduan%20penulisan%20keberhasilan.pdf


OK, semoga perkongsian ini membantu rakan guru supaya menulis sasaran keberhasilan PBPPP dengan lebih baik. Nanti semua pun hati senang. Selamat maju jaya!



Catat Komen

0 Ulasan