About Me

Bengkel Penghasilan Video Youtube di IAB Genting

Alhamdulillah diberikan rezeki bertemu orang baik-baik di Institut Aminudin Baki Cawangan Genting bagi sesi perkongsian bengkel Penghasilan video YouTube pengajaran bersama sahabat baik,

Cikgu Romie
Bila diapproach Encik Zaidi, yang juga pensyarah IAB, terpikir juga nak gi berkongsi dengan "cikgu kepada para Pengetua" nih. Tapi alhamdulillah, kerjasama yang baik, dan saling lengkap melengkapi ilmu yang kita ada.
Naik malu pulak kiter dengan layanan 7 bintang kelas pertama daripada Ketua Jabatan Ustaz Nik Abdullah dan pihak pensyarah macam Puan Kamsiah dan Encik Zaidi sendiri. Memang
terbaik
lah!
Selain dapat jumpa dengan abang-abang dan kakak-kakak dalam pendidikan yang sangat inspiring, yang bestnya dapat tahu juga lebih banyak tentang peluang dan ruang kursus di IAB nih.








Banyak kursus yang bagus macam Kursus Penyediaan Bahan Pembentangan, Coaching dan Mentoring, Komunikasi Berkesan dan banyak lagi. Terhad sangat dengan apa yang saya tahu sebelum nih. Ingat untuk yang nak jadi Guru Besar dengan Pengetua saja... Huhuhu
IsnhaAllah dah ada planning ke depan dengan pihak IAB. Semoga jaringan ini akan memberi lebih banyak manfaat kepada guru dan para pensyarah yang terlibat.
Terima kasih team pensyarah IAB GENTING yang awesome! 💕 @ IAB Genting

Catat Komen

0 Ulasan