About Me

Sertai sesi STEM Live bertajuk ‘PERBANDINGAN ANTARA PEMBELAJARAN KONVENSIONAL DAN E-PEMBELAJARAN’

 Ahli-ahli panel adalah Cikgu Norhailmi Abd Mutalib, seorang Guru Cemerlang Sains yang berasal dari SMK Jerlun, Kedah dan Victor Lam, pakar pendidikan Google for Education (Asia Tenggara). Sesi ini akan dikendalikan oleh Nabila Mustaza, Sains Fasilitator, Petrosains.

Tonton di https://www.facebook.com/petrosains/live (Facebook) atau http://bit.ly/STEM-Live-5 (Youtube) - link tersebut akan diletakkan di Instagram bio Petrosains 24 jam sebelum live stream bermula.
--------------------------------------------------------------------

Sinopsis:
Pembelajaran tradisional sering digambarkan sebagai pembelajaran di dalam bilik darjah bersama guru yang akan mengawal aliran penyampaian ilmu dan maklumat. Kini, pembelajaran elektronik (e-learning) yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam talian (ICT) telah banyak diterapkan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
Walaupun e-learning tidak mungkin akan dapat menggantikan sepenuhnya pembelajaran tradisional di dalam bilik darjah, corak pendidikan di Malaysia mula beralih ke ruangan digital. Antara kelebihan e-learning adalah penambahbaikan sumber, pengurangan bebanan kerja guru yang signifikan, penjimatan masa dan kos dan persekitaran yang tidak terikat dengan masa dan tempat membolehkan pelajar mengikut rentak pembelajaran masing2.
Isu pandemik Covid-19 yang melanda dunia menguatkan lagi keperluan e-learning namun, adakah kita sudah bersedia dan adakah ini cara terbaik untuk mendidik anak-anak kita dalam fasa kehidupan norma baharu ini ? Ikuti sesi forum Petrosains STEM Live kali ini untuk mengupas kelebihan dan kekurangan e-learning berbanding pembelajaran tradisional.

Catat Ulasan

0 Ulasan