About Me

Kerjasama SPI Kedah Bertandang Ke Bilik HUB PAK21 DI SMK Jerlun

Alhamdulillah hari ini terima tetamu dari Sektor Pendidikan Islam Kedah yang datang bersiaran langsung dengan guna kemudahan Bilik HUB PAK21 DI SMK Jerlun.

Selaku penyelaras bilik khas ini, saya memang sangat mengalu-alukan kerjasama sebegini, bagi kepentingan ummah. Banyak manfaat untuk guru dan murid Kedah InshaAllah.
Tapi paling abam terkejut tadi bila di maklumkan, sejak dari PKP sehingga kini dah ada 40 program akademik dan peningkatan profesionalisme SPI Kedah untuk guru dan murid (20 sesi Halaqah Ilmu)! Perghhhh... Banyak oiii!











Aktif sungguh guru Pendidikan Islam di Kedah ni tau. Terus abam pon rasa nak tukar opsyen jadi Ustad jugak. OK tak? 😅
Saya hanya mampu berdoa semoga team yang diterajui Ustazah
Yun Fazilah
nih, dengan disokong oleh barisan pegawai-pegawai mantap di SPI, termasuk sahabat Adiwira saya, Ustaz
Mohd Asrulnizam
boleh memberi arus perubahan tsunami pendidikan di negeri Kedah ini.
P/s: Sempat juga promote laluan Guru Cemerlang kepada ustad-ustad hebat yang datang sebagai penceramah tadi. Sama-sama kita martabatkan profesyen guru kita! 💪🏻 @ Smk Jerlun

Catat Komen

0 Ulasan