About Me

Guru Hebat Untuk Sekolah Hebat Atau Sekolah Bekeperluan?

 Baru-baru nih saya terlihat satu posting kaitan antara pencapaian sekolah dengan sosioekonomi murid.

Kalau dilihat dari data, jelas bahawa sekolah dengan pencapaian rendah, mempunyai lebih ramai murid yang datang daripada keluarga penerima Bantuan KWAPM. Keluarga susah B40 lah senang cerita.
Saya boleh faham, sebab datang dan berada dalam kelompok yang sama.
Dengan kehidupan yang terhad, perkara macam makanan bernutrisi, dan kurang pendedahan kepada banyak perkara. Tu blom cerita pasal tuisyen tambahan, yang sememangnya datang 100% daripada usaha guru semata-mata.





Sebab tu saya sentiasa melihat, keperluan untuk guru kita yang cemerlang untuk berada di sekolah sebegini adalah lebih tinggi. Senjata paling kuat, seharusnya berada di lapangan yang paling bermasalah. Itu pandangan saya. Lebih malang, kalau sekolah begini dapat guru yang tak capai standard maka yang miskin akan terus kekal miskin.
Dengan semakin ramai guru kita yang makin bagus dan berprestasi tinggi, maka tak mustahil impian untuk lihat sekolah kampung juga ada ramai guru yang cemerlang lagi gemilang. Baru lah sama-sama kita dapat berdiri sama tinggi dan kita duduk pon sama rendah.
Biar pun di mana kita berada, yang penting, kita jadi guru yang terbaik untuk anak-anak kita! 💕 @ Smk Jerlun

Catat Ulasan

0 Ulasan