About Me

Berinkuiri Dengan Betul

 Antara satu eksperimen yang saya sangat suka jalan kan dengan murid adalah eksperimen Inersia nih. Atau eksperimen baldi.

Antara sebabnya adalah langkah penyiasatan saintifiknya nampak dengan sangat jelas, tak makan banyak masa dan mudah nak dikaitkan dengan kehidupan seharian. Murid senang faham.
Biasanya saya buat Flipped Classroom dengan gunakan video nih https://youtu.be/_56O8tSAXQo
Tapi pada kebanyakan masa, saya buat langkah inkuiri dengan mudah.






1. Mulakan dengan murid tulis Hipotesis antara baldi kosong dengan baldi berisi batu, mana yang berhenti dahulu.
2. Mintak murid buat penyiasatan dan buktikan Hipotesis mereka. Pada kebanyakan masa, Hipotesis mereka adalah tak sama dengan hasil eksperimen mereka.
3. Maka mulakan lah sesi menyoal kenapa hasil keputusan eksperimen tak sama dengan Hipotesis mereka. Soal dan pandu mereka sampai mereka dapat kaitkan jisim dengan Inersia.
4. Bimbing murid untuk menulis laporan sampai siap. Ingatkan mereka satu persatu apa langkah penyiasatan saintifik yang mereka jalan kan, dan pandu mereka untuk menulis seperti format yang disyorkan.
Selain daripada murid dapat berinkuiri dan menyiasat dengan betul, akhirnya mereka juga dapat menulis laporan dengan format yang tepat.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Are shared for the trunks best roofers on long island
    Path is explored and widened in the light of the offered count for the challenges.

    BalasPadam
  2. Saya amat setuju bahawa menggunakan pendekatan Flipped Classroom dengan video sebagai pengenalan retro bowl kepada konsep, diikuti oleh sesi penyiasatan inkuiri adalah cara yang berkesan untuk membolehkan murid belajar secara aktif dan mendalam.

    BalasPadam
  3. The surrounding is fit for the timely success for the citizens. The paths of the Beste weerstation are rushed for the field. This item is done for the approval of the joy for the terms. Style is held for the norms for the fitting of the things for people.

    BalasPadam