About Me

Bengkel Online IBSE Bagi Zon Utara

 Hari nih terlibat dengan bengkel online #IBSE untuk pemugaran semula dalam kalangan Jurulatih Utama IBSE bagi Zon Utara. Melibatkan 35 guru dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, bengkel ini adalah sebahagian siri melatih guru Sains Malaysia supaya kembali mengamalkan pendekatan inkuiri.

Slot saya adalah bagi tajuk IBSE dan hubungannya dengan Kemahiran Abad ke-21. Banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa pedagogi Sains secara inkuiri dapat meningkatkan Kemahiran Abad ke-21 murid. Apa lagi alasan kita?
Sempat juga kali nih saya buat Mentimeter dengan para peserta sebelum dan selepas sesi perkongsian. Alhamdulillah, ramai peserta yang pada awalnya rasa tak yakin untuk jadi Jurulatih, kemudiannya dah semakin yakin untuk bersama-sama membimbing rakan guru di sekolah.






InshaAllah jika usaha ini berterusan, maka impaknya kita akan dapat pada kemenjadian murid sikit masa lagi.
Ayuh kita berIBSE! 💕 #PAK21 @ Smk Jerlun

Catat Komen

0 Ulasan