About Me

Video GCED Untuk Cikgu Korea

 Jumaat pertama untuk tahun baru hijrah yang berkat, abam dapat satu perkhabaran gembira. Abam terpilih antara 10 orang guru Asia Pasifik yang akan terlibat dengan rakaman pengajaran GCED bersama team UNESCO APCEIU. Yeay!

Abam akan ajar Sains yang selaras dengan syllabus Korea, tetapi guna pendekatan pengintegrasian GCED. Dan lagi menariknya, video pengajaran tu akan digunakan oleh guru-guru seluruh Korea!!
Seorang lagi guru Malaysia yang terpilih adalah Cikgu Khairunnisa yang juga merupakan alumni KOMTEP 2019.
Alhamdulillah, bukan mudah tanggungjawab yang diberi. Tapi abam cuba pikul sebaiknya bagi membuktikan cikgu-cikgu Malaysia juga bertaraf dunia. Biar dunia tau sket level cikgu-cikgu Malaysia nih.. Gituuuu





Terima kasih juga Kementerian Pendidikan Malaysia yang banyak membantu membentuk perjalanan awal kerjaya saya sebagai guru di persada dunia.
Abam throwback sket gambar sewaktu mengajar di Korea dulu. Masa nih ikut team sekolah Daegu Yeosang promote sekolah depa di Wolam Middle School.
#KOMTEP2015 #GCED @ South Korea

Catat Ulasan

0 Ulasan