About Me

Perkongsian PA21: Terima Kasih PPD Kemaman

 Alhamdulillah selesai sudah misi perkongsian di Kemaman untuk kali ini.

Jutaan terima kasih yg tak terhingga buat PPD Kemaman, terutamanya SI Partner+, Pn Hajjah Noraini Binti Yaacob atas kepercayaan untuk saya berkongsi sedikit pengalaman amalan PA21 dalam kelas dengan warga pendidik di Kemaman.

Kagum juga dengan penyertaan Bank Rakyat yang bertindak bukan sahaja sebagai penganjur, pemberi dana, tapi juga turut bersama² memberi sokongan sehingga selesai bengkel. Nampak jelas hubungan akrab dan kolaborasi dengan warga pendidik. Terbaik Bank Rakyat!!

Memang terasa kecil sangat bila berdepan dengan audiens seramai 210 orang yang terdiri daripada para Pengetua Guru Besar PK1 dan Penyelaras Abad 21 dari semua sek rendah dan sek menengah seluruh daerah Kemaman ini.

Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Terima kasih juga buat Pn Hjh Noraini yang sentiasa memberi galakan dan dorongan.

Sedikit perkongsian mengenai Bengkel ini. Slot 1 (2 jam) adalah mengenai Perkongsian p&p kreatif. Slot 2 (2 jam) adalah mengenai Pembelajaran Abad 21. Slot 3 (1 jam) Microteaching 'trial out' Slot 4 (1 jam) Sesi soal jawab.

Majlis penutupan dirasmikan oleh Tuan PPD Kemaman yang sangat bersemangat, Tuan Idris Bidin.

















Part yang lagi best, selesai majlis saya bersama pegawai² di ppd, termasuk Tuan PPD sendiri dibawa menjamu selera makanan ikonik Kemaman, sata. Memang sedapp!!!

Komitmen padu dan kerjasama erat warga pendidikan dari peringkat atas sampai ke bawah, ternyata inilah rahsia kejayaan pendidikan di Terengganu. Negeri lain patut contohi.

Pengalaman di Kemaman ini juga diserikan lagi dengan perjumpaan bersama rakan lama masa universiti, Mohd Shahrul MD Razali dan juga rakan lama masa mengajar di Sarawak ByeEda AkMa. Lamaaa tak jumpa weyh..

Penat. Letih. Tapi sangat gembira dengan pengalaman ini. Semoga ada rezeki untuk bertandang ke Kemaman lagi nanti 😃😃😃

Catat Ulasan

0 Ulasan