About Me

Kuasa Sebuah Inkuiri

 Berbekalkan semangat inkuiri yang tinggi (dan tak puas hati sebab hasil eksperimen sebelumnya tak jadi) maka semalam kami cuba lagi beberapa ujikaji.

Hari pertama diameter silinder dimalarkan. Hasil tak dapat. Jadi ramai yang cadang ubahsuai eksperimen dan malarkan jisim pulak.

OK kami cuba...

Seriously bila malarkan jisim dengan guna hanya sekeping kertas untuk dua-dua silinder rongga dan padat, pun hasil tak sama macam hipotesis yang dinyatakan.

Beberapa video yang katanya 'jadi' pun dah kami teliti. Tapi ada beberapa isu yang boleh ditimbulkan, macam tumbang sebab tak stabil, bukan sebab tak kuat. Dan jugak tulang yang kata padat, pun tak betul-betul padat. Masih ada rongga lah kan?

Terima kasih @cikgu.izzat yang sudi berkongsikan satu aktiviti berbeza yang katanya dari syllabus lama.

Demi sebuah kebenaran (gituuuuu) maka anak-anak nih teruskan eksplorasi.

Kali nih buat ikut melintang plak, pastu gantung pemberat kat tengah. Kami cuba buat dua set, set pertama jisim dimalarkan. Set kedua diameter pulak dimalarkan.

Dan hasilnya?

Sila tonton video nih https://youtu.be/mIVIyjjSch8

 untuk sama-sama rasakan debaran menunggu tulang-tulang tu patah. Sesak napas weyh!!! 🥵







Alhamdulillah, kami gembira dengan hasil keputusannya. Penyiasatan kali nih rasa sangat 'kemanisan' dia. Semua murid pon berpuas hati, dengan dapat saksikan sendiri dari satu pembuktian.

Demikian lah kuasa sebuah INKUIRI. #IBSE

Jangan lupa kongsikan videonya ya. Semoga lebih ramai dapat belajar dari sana.

P/s: Mohon juga yang ada penjelasan boleh kongsi buah fikiran anda untuk percambahan ilmu. @ Smk Jerlun

Catat Ulasan

0 Ulasan